Snek Mesra Muslim Yang Boleh Anda Beli Sebagai Buah Tangan Di Jepun

Panduan Makanan Halal Jan 19, 2017

Pernah tak anda post gambar travel lepas tu semua orang komen "Jangan lupa souvenir kami!" 😛

Mungkin anda biasa dengan situasi sebegini. Dan anda terfikir-fikir apakah buah tangan yang boleh anda beli semasa bercuti di Jepun? Di sini kami senaraikan 8 snek mesra muslim yang berbaloi untuk anda beli dan kongsikan kepada kawan-kawan dan orang yang tersayang 🙂

1. Meiji Pudding

Jika anda pernah menonton drama "My Boss My Hero", anda mesti terbayang-bayang apakah rasa puding yang menjadi rebutan mereka.  Sekarang anda boleh bawa pulang puding Jepun ke rumah anda. Puding Meiji ini mengandungi emulsifier yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan boleh dinikmati oleh Muslim  seperti yang disahkan oleh Join Halal Items  pada Oktober 2014.

puding snek mesra muslim
Credit to FC2

2. Meiji Almond & Macadamia

coklat snek mesra muslim
Credit to Amazon

Adakah anda pencinta coklat? Coklat Almond & Macadamia dari Meiji ini sangat sesuai untuk anda. Ianya tidak mengandungi alkohol dan hanya menggunakan emulsifier dari tumbuh-tumbuhan seperti yang dinyatakan dalam butiran produk mereka di sini.

3. Koikeya Karamucho Hot Chili

cip poteto snek mesra muslim
Credit to Amazon

Adakah anda tidak boleh lepaskan kerepek kentang? Anda mesti beli Karamucho perisa Hot Chili ini. Ianya satu-satunya perisa yang tidak mengandungi bahan berasaskan binatang seperti yang dinyatakan dalam butiran produk mereka di Koikeya.

4. Lotte Koala No Machi

koala snek mesra muslim
Credit to Amazon

Nak sesuatu yang berbeza. Dapatkan biskut koala yang comel ni untuk buah tangan anda. Jangan risau dengan status halalnya kerana mereka hanya menggunakan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti yang dinyatakan di sini.

5. Royce' Pure Chocolate

coklat snek mesra muslim
Credit to Royce

Pure chocolate Royce ini dibuat daripada susu segar. Anda akan dapat rasa kelembutan dan keenakan coklat dalam pek yang kecil, mudah untuk anda kongsikan bersama kawan-kawan dan keluarga. Semestinya kandungannya berasal dari tumbuh-tumbuhan seperti yang dinyatakan di sini.

6. Bourbon Alfort

biskut snek mesra muslim
Credit to Amazon

Anda tidak akan tersalah pilih kerana siapa yang tak suka biskut? Biskut Bourbon Alfort ini diperbuat daripada tepung gandum yang dicampurkan dengan susu coklat dan  bahan-bahan halal yang lain seperti yang telah disahkan oleh Halal Foods in Japan pada Mei 2015.

7. Bourbon Chocochips & Buttercookies

biskut snek mesra muslim
Credit to Amazon

Sila cuba biskut Butter Cookies dan Chocochips dari Bourbon yang enak ini. Shortening dan Emulsifiernya adalah berasaskan tumbuhan-tumbuhan seperti yang dinyatakan oleh Halal Japan pada Mei 2016.

8. Royce' Potatochip Chocolate

cip poteto coklat snek mesra muslim
Credit to Royce

Anda peminat kentang tapi anda mahu coklat juga? Apa kata kedua-duanya sekali? Royce Potatochip ini menawarkan sensasi kemanisan coklat di luar dan kerangupan chips di dalam. Bahan-bahannya juga mesra muslim seperti yang dinyatakan dalam Royce Potatochip Chocolate.

Jadi, buah tangan apa yang anda pilih untuk bawa pulang dari Jepun? Jika anda ingin merasai kelainan hidangan di Jepun, jangan lupa muat turun aplikasi Halal Navi. Anda boleh cari restoran halal di sekitar anda dan dapatkan tempat-tempat popular yang sering dikunjungi oleh Muslim lain!

Eat • Pray • Connect

Halal Navi - Discover & explore Halal places
Halal Navi helps you find the best Halal places to eat, pray, shop and more.
Download Now!

Tags

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.