Senarai Masjid dan Mushalla Di Tokyo
Melancong ke negara minoriti Muslim memang sangat mencabar terutamanya jika kita nak solat tapi kita berada jauh dari hotel. Jangan risau sebab bilangan Masjid dan Mushalla semakin bertambah seiring dengan peningkatan pelancong Muslim ke Jepun saban tahun. Nah, disini kami senaraikan 10 Masjid dan Mushalla yang anda boleh kunjungi semasa percutian anda di Jepun. Tempat-tempat ini kebiasaannya mudah diakses dengan kenderaan awam bahkan ada yang berdekatan dengan tempat pelancongan.
Credit picture: http://www.realestate-tokyo.com/
Tokyo Camii adalah masjid yang terbesar dan tertua di Tokyo. Ianya dibina oleh komuniti Turki yang berhijrah dari Rusia pada tahun 1938. Walaubagaimanapun, bangunan ini telah dibina semula pada tahun 1986 dan siap pada tahun 2000 kerana berlaku kerosakan pada struktur bangunannya. Bukan sahaja untuk solat, anda boleh mengunjungi perpustakaan Islam, mencuba makanan Turki malah membeli buah tangan Turki dari masjid ini. Mereka juga mengadakan program dakwah untuk memperkenalkan Islam kepada non-Muslim pada setiap hujung minggu.
Informasi
Kapasiti : 1200 Parkir : Ada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-5790-0760 Untuk info lebih lanjut Tokyo Camii Mosque
Credit picture: https://iman-fauzi.blogspot.my/
Masjid The Arabic Islamic Institute atau juga dikenali sebagai Masjid Hiroo dibina pada tahun 1982 oleh kerajaan Arab Saudi untuk membantu perkembangan Islam di Jepun. Sebagai salah satu institut Islam, mereka menawarkan kelas bahasa Arab bagi sesiapa yang berminat. Selain itu, mereka juga mempunyai perpustakaan, mini muzium dan juga bilik AV(audio-visual). Masjid ini berada berdekatan dengan Roponggi Hills, salah satu daya tarikan di Tokyo. Tips dari kami, jika anda dalam perjalanan ke masjid, Kedutaan China di sebelah kiri anda, teruskan perjalanan anda sehingga ke persimpangan yang pertama. Kemudian belok kiri dan masjid menanti anda di penghujung jalan ini.
Informasi
Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-3404-6622 Untuk info lebih lanjut Arabic Islamic Institute
Credit picture: http://www.trouvetamosquee.fr/
Masjid Darul Arqam berada berdekatan dengan stesen Asakusa. Masjid ini popular di kalangan penduduk tempatan kerana di sini mereka mengadakan solat terawih, ceramah mingguan, majlis akad nikah, solat jenazah dan memandikan mayat. Ada juga staf yang boleh berbahasa Urdu, bahasa Jepun, bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia di sini jika anda perlukan apa-apa bantuan.
Informasi
Parkir : Ada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-3871-6061 Untuk info lebih lanjut Darul Arqam Masjid
Credit picture: https://www.beautifulmosque.com/
Masjid ini berada di bawah Yayasan Assalam, sebuah organisasi non-profit yang banyak menjalankan dakwah kepada orang tempatan dan mendirikan masjid untuk tempat berkumpulnya umat Islam di Jepun. Mereka mempunyai pusat komuniti di tingkat satu dan ruang solat di tingkat dua. Mereka juga menyediakan pendidikan dan sistem sokongan kepada saudara Islam yang baru dan orang-orang yang berminat untuk memeluk Islam , mengadakan kelas dan kuliah Islam dan juga membantu dalam proses pengebumian Muslim.
Informasi
Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Telefon : 050-3644-1045 Untuk info lebih lanjut Assalam Masjid
Credit picture: http://travelience.com/
Masjid Otsuka dibina pada tahun 1999 hasil sumbangan daripada Muslim tempatan dan luar negara. Salah seorang penyumbang utamanya adalah dari Putera Sultan bin Abdul Aziz (Kerajaan Arab Saudi) dan Rabitah Alam Islami (Mekah Al-Mukarramah). Masjid ini mempunyai Sekolah Islam Antarabangsanya sendiri, kaunseling keluarga, program bantuan untuk pelarian, pengurusan permohonan pensijilan halal dan banyak lagi. Mungkin anda kurang familiar dengan Otsuka tapi sebenarnya ianya hanyalah di sebelah bandar Ikebukuro.
Informasi
Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-3971-5631 Untuk info lebih lanjut Otsuka Masjid
Credit picture: https://iman-fauzi.blogspot.my/
Mushalla Shinokubo ini terletak di tingkat 4 sebuah bangunan di daerah Shinokubo. Walaupun ruang solatnya tidak seberapa besar, tapi fasiliti agak selesa dan bersih. Mushalla ini juga mengadakan kuliah Islam mingguan pada setiap malam Khamis. Mushalla Shinokubo terletak di kawasan foreigner dan dikelilingi oleh banyak restoran halal yang anda boleh kunjungi selepas solat. Sekiranya anda seorang Kpoper, mungkin anda berminat untuk ke sini kerana ianya terletak berdekatan dengan Korean Town.
Informasi
Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Untuk info lebih lanjut Shinokubo Mushalla
Credit picture: http://www.triponhalal.com/
Disebabkan Masjid Makki terletak berdekatan dengan stesen Ohanajaya, masjid ini dipanggil sebagai Masjid Ohanajaya. Masjid ini juga dikenali sebagai Markaz Jemaah Tabligh di Tokyo. Masjid yang dibina pada 2001 ini sering mengadakan aktiviti untuk Muslim tempatan. Antaranya ialah kelas Al-Quran untuk kanak-kanak, ceramah mingguan, solat Terawih pada bulan Ramadhan dan juga konsultansi tentang Islam.
Informasi
Parkir : Ada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-5670-7426 Untuk info lebih lanjut Makki Masjid
Credit picture: http://www.islamicentre.org/
Masjid Al-Tawheed ini terletak di pinggir kota Tokyo, bukan di tengah Tokyo. Hanya 10 Km dari Gunung Takao. Jika anda seorang yang gemarkan aktiviti lasak seperti hiking, mungkin anda familiar dengan masjid ini. Masjid ini mempunyai perpustakaan dan ruang kelasnya sendiri untuk aktiviti kuliah-kuliah mereka.
Informasi
Kapasiti : 200 Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Telefon : 0426-28-9060 Untuk info lebih lanjut Altawheed Masjid
Credit picture: http://kamatamasjid.com/
Sekiranya anda dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Haneda, anda boleh kunjungi Masjid Kamata. Hanya terletak 10 km daripada Lapangan Terbang Haneda. Masjid ini mempunyai 3 tingkat dimana tingkat satu untuk ruang solat Muslimin manakala tingkat dua untuk ruang solat Muslimah. Pada asalnya masjid ini hanyalah sebuah mushalla tetapi telah dinaik-taraf untuk menampung lebih ramai orang. Mereka mempunyai staf yang boleh berbahasa Melayu, Bahasa Urdu, Bahasa Inggeris, Bahasa Bangladesh dan semestinya Bahasa Jepun sekiranya anda perlukan apa-apa bantuan.
Informasi
Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Untuk info lebih lanjut Kamata Masjid
Credit picture:
Mushalla Shibuya terletak di bangunan Noa Dogenzaka, di tingkat 11 bilik 7. Hanya 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen Shibuya. Jika anda telah tiba di bangunan ini, anda boleh gunakan lift untuk terus ke tingkat 11 dan belok ke kanan untuk ke mushalla.
Informasi
Kapasiti : 15 Parkir : Tiada Solat Jumaat : Tiada Untuk info lebih lanjut Shibuya Mushalla
Name | Addresss | Nearby Station |
TOKYO CAMII Masjid | 1-19 Oyama, Shibuya, Tokyo | Yoyogi Uehara |
ARABIC ISLAMIC INSTITUTE | 3-4-18 Moto-Azabu, Minato, Tokyo | Azabu-juban |
DARUL ARQAM MASJID | 1-9-12 Higashi Asakusa, Taito, Tokyo | Asakusa |
ASSALAM MASJID | Assalam Building, 4-6-7 Taito, Tokyo | Naka Okachimachi |
OTSUKA MASJID | 3-42-7 Minami Otsuka Toshima | Otsuka |
SHINOKUBO MUSHALLA | 2-10 Hyakunincho, Shinjukuku, Tokyo | Shinokubo |
MAKKI MASJID | 5-22-14 Yotsugi, Katsuhika, Tokyo | Ohanajaya |
AL-TAWHEED MASJID | 36-6, Hiraokacho, Hachioji, Tokyo | Nishi-hachioji |
KAMATA MASJID | 5-1-2 Kamata, Ota,Tokyo | Kamata |
SHIBUYA MUSHALLA | 2-15-1, Dōgenzaka, Shibuya, Tokyo | Shibuya |
BALAI INDONESIA MUSHALLA | 4-6-6 Meguro, Meguro, Tokyo | Meguro |
OJIMA MUSHALLA | Ōjima, 5 Chome−8, Kōtō-ku, Tokyo | Sumiyoshi |
MANEKINEKO YOTSUYA- SANCHOME PRAYER ROOM | Samonchō, 3−1, Shinjuku-ku, Tokyo | Yotsuya Sanchome |
LAOX GINZA EXITMELSA PRAYER ROOM | EXITMELSA 5 & 6 Floor 5-7-10, Ginza, Chuo-ku, Tokyo | Ginza |
SEKAI CAFE OSHIAGE PRAYER ROOM | Narihira, 2−16 -8, Sumida-ku, Tokyo | Tokyo Skytree |
SHITAMACHI SHOKUDOU IPPIN PRAYER ROOM | Nishiasakusa, 3−16−11, Taitō-ku, Tokyo | Nihombashi |
NARITAYA PRAYER ROOM | 2-7-13, Asakusa, Taito-ku, Tokyo | Asakusa |
HANEDA AIRPORT MUSHALLA | 3rd Floor, International Departure Area, Haneda Airport, Ota, Tokyo | Haneda-Airport |
LAOX AKIHABARA PRAYER ROOM | 7th Floor, 1-2-9 Sotokanda, Chiyoda, Tokyo | Nihombashi |
LAOX SHINJUKU PRAYER ROOM | Kyodo Bldg, 6th Floor, 3-1-20 Shinjuku, Shinjuku, Tokyo | Shinjuku |
TOKYO BIG SIGHT PRAYER SPACE | 3-11-1 Ariake, Koto, Tokyo | Ariake |
TAKASHIMAYA SHINJUKU PRAYER ROOM | 11th Floor, 5-24-2, Sendagaya, Shibuya, Tokyo | Sendagaya |
TAKASHIMAYA DEPT. STORE MUSHALLA | 11th Floor, 5-24-2 Sendagaya, Shibuya | Shinsen-Shinjuku |
TOKYO CHINESE MUSLIM RESTAURANT MUSHALLA | 2-18-6 Kotobashi, Sumida, Tokyo | Kinsicho |
MANHATTAN FISH MARKET IKEBUKURO PRAYER SPACE | 1-4-2, Higashiikebukuro, Toshima, Tokyo | Ikebukuro |
Sekarang anda tidak perlu lagi risau untuk mencari ruang untuk solat di Jepun #Alhamdulillah. Masih mencari Masjid atau ruang solat yang berhampiran dengan anda? Jangan lupa muat turun aplikasi Halal Navi untuk jadi personal guide anda. Anda boleh dapatkan detail Masjid, navigasi ke lokasi masjid dan senarai restoran halal berdekatan dengan Masjid melalui aplikasi ini.