Outlet Mall Yang Perlu Anda Kunjungi Di Jepun

Baca : English ● Malay ● Indonesia

Jepun adalah syurga dunia untuk kaki shopping. Tak kisahlah anda kaki shopping yang macam mana; peminat fesyen, kraf tangan, gajet, buah tangan, atau apa-apa pun, Jepun ada semuanya! Apa yang lagi best bagi kaki shopping selain outlet mall? Anda boleh terokai ratusan kedai dalam satu kawasan sahaja untuk dapatkan pelbagai jualan diskaun. Disini kami senaraikan outlet mall seluruh Jepun dan di antaranya ada yang Mesra Muslim. Sila berhati-hati dan kawal diri anda sebelum pokai!

giphyCredit to Giphy

1. Gotemba Premium Outlet, Shizuoka

outlet-malls-1

Credit photo to Simon

Gotemba Premium Outlet adalah di antara destinasi membeli belah yang popular di Jepun. Ianya terletak di bandar Gotemba dengan latar pemandangan Gunung Fuji yang indah. Bas Shuttle percuma disediakan dari Stesen JR Gotemba ke pusat membeli belah setiap 20 minit.

Alamat 1312, Fukasawa, Gotemba, Shizuoka
Masa Operasi Mac – Nov : 10.00 am – 7.00 pm
Dis – Feb : 10.00 am – 7.00 pm
Musolla Disediakan
Website http://www.premiumoutlets.co.jp/en/gotemba/

 2. Shisui Premium Outlet, Chiba

9

Credit photo to Japan Travel Guide

Ini adalah outlet yang paling dekat dengan Lapangan terbang Narita. Jika ada betul-betul kaki shopping, anda boleh pergi terus ke Shisui Premium Outlet apabila anda menjejakkan kaki ke Tokyo. Anda boleh beli tiket bas direct di Kaunter Bas Keisei di dalam lapangan terbang Narita. Hanya mengambil masa 20 minit untuk ke sana dari Lapangan Terbang Narita. Sangat sesuai jika anda hanya ada sedikit masa untuk menunggu penerbangan anda. Ratusan kedai jenama antarabangsa dan jenama Jepun ada di sini.

Alamat 2-4-1, Iizumi Shisui-machi, Inba-gun, Chiba
285-0912
Masa Operasi 10.00 am – 8.00 pm
Restoran Halal  Hannari (Di dalam kawasan outlet)
Musholla Disediakan
Website http://www.premiumoutlets.co.jp/en/shisui/

3. Karuizawa Prince Shopping Plaza, Nagano

3

Credit photo to Random SC

Karuizawa Prince Shopping Plaza terletak di salah satu resort terbaik di Jepun. Dengan pemandangan semulajadi yang indah akan membuatkan aktiviti membeli belah anda lebih menyeronokkan. Mereka mempunyai lebih dari 240 outlet kedai dengan pelbagai jenama antarabangsa. Pusat membeli belah ini adalah sebahagian daripada Prince Garden Resort Karuizawa yang juga mempunyai hotel, padang golf, ski dan beberapa faciliti lain.

Alamat Karuizawa, 軽井沢町 Kitasaku District, Nagano Prefecture
Masa Operasi 10.00 am – 7.00 pm
Musholla Disediakan
Website http://www.karuizawa-psp.jp/en

4. Osaka Tsurumi Mitsui Outlet Park, Osaka

2

Credit photo to Wikipedia

Mengambil masa hanya 15 minit berjalan kaki dari stesen Tsurumi. Bas Shuttle percuma disediakan dari stesen Moriguchi dan Moriguchi Royal Pines Hotel. Mereka juga mengendalikan pertunjukan live dan event istimewa pada hujung minggu.

Alamat 2-7-70 Matta Omiya, Tsurumi-ku, Osaka
Masa Operasi Isnin -Jumaat : 11.00 am – 8.00 pm
Hujung Minggu dan Hari Cuti: 10.00 am – 8.00 pm
Restoran Halal  Ramen Honolu (15 minit dengan menaiki kereta)
Website http://www.31op.com/osaka/english/

5. Rinku Premium Outlet, Osaka

14

Credit photo to Cheryl Chan Photography

Rinku Premium Outlet merupakan pusat membeli belah outlet besar yang mempunyai lebih dari 200 kedai. Berada berdekatan dengan Lapangan Terbang Kansai, dipisahkan dengan pantai dan hanya 20 minit daripadanya.

Address 3-28, Rinku Ourai Minami, Izumisano, Osaka
Operating hours 10.00 am – 8.00 pm
Praying Rooms Available
Website http://www.premiumoutlets.co.jp/en/rinku/

6. Marine Pia Kobe Mitsui Outlet Park, Kobe

8

Credit photo to Kurera

Outlet ini berada bersebelahan dengan pantai, suasananya agak berangin dan selesa untuk kita berjalan-jalan dan menikmati pemandangan laut selepas aktiviti membeli belah. Anda juga dapat melihat keindahan Jambatan Akashi Kaikyo dan illumination selepas matahari terbenam. Pada hujung minggu dan hari cuti, bas shuttle disediakan  percuma dari stesen Tarumi ke outlet ini..

Alamat 12-2, Kaigan-dori, Tarumi-ku, Kobe, Hyogo
Masa Operasi 10.00 am – 8.00 pm
Restoran Halal  Gaylord Restaurant (Di dalam kawasan outlet)
Website http://www.31op.com/kobe/english/

7. Sapporo Kitahiroshima Mitsui Outlet Park, Hokkaido

4

Credit photo Dpuls Guide

Branch Mitsui Outlet in hanya 30 minit dari Lapangan Terbang New Chitose atau 50 minit dari stesen JR Sapporo dengan menaiki bas shuttle. Ia juga berdekatan dengan perkampungan petani tempatan Hokkaido yang anda boleh kunjungi selepas ada selesai membeli belah di sini.

Alamat 3-7-6 Omagari-saiwai, Kita-hiroshima, Hokkaido
Masa Operasi 10.00 am – 8.00 pm
Restoran Halal Horyu Ramen (30 minit dengan kereta)
Musholla Disediakan
Website http://www.31op.com/sapporo/english/

8. Wing Bay Otaru, Hokkaido

15

Credit photo to Superpama

Outlet ini terletak di sebelah hotel Grand Park. Jika anda menginap di hotel, anda boleh ke pusat membeli belah dengan hanya berjalan kaki kerana kedua bangunan ini bersambung. Mempunyai 3 tingkat dengan 5 segmen kumpulan kedai yang memudahkan aktiviti membeli belah anda.

Alamat 11, Chikko, Otaru-shi, Hokkaido
Masa Operasi 10.00 am – 9.00 pm
Restoran Halal  Otaru Kourakuen (10 minit dengan kereta)
Website http://www.wingbay-otaru.co.jp/

9. Chitose Outlet Mall Rera, Hokkaido

25

Credit photo to Prod

Hanya 2 Km dari Lapangan Terbang New Chitose, pilihan terbaik jika anda nak shopping pada saat-saat akhir sebelum penerbangan pulang anda. Bas Shuttle juga percuma dari lapangan terbang jadi anda tiada sebab untuk tidak pergi ke outlet ini. Jika anda dari stesen JR Minami Chitose pula, hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki ke pusat membeli belah ini. Outlet ini tidaklah sebesar outlet yang lain tapi berbaloi jika anda berada berdekatan.

Alamat 1-2-1 Kashiwadaiminami, Chitose, Hokkaido
Masa Operasi 10.00 am – 7.00 pm
Musholla Disediakan
Website http://www.outlet-rera.com/english/

Selain daripada 9 yang diatas, masih banyak lagi outlet mall di seluruh Jepun yang anda boleh kunjungi semasa percutian anda. Di sini kami kumpulkan kesemua outlet mall di dalam galeri di bawah. Mungkin ada boleh kunjungi mana-mana outlet mall yang berdekatan dengan tempat percutian anda.

[showhide type=”pressrelease” more_text=”Show Outlet Malls Directory (29 outlet)” less_text=”Hide Outlet Malls Directory” hidden=”yes”]

Outlet Mall Jumlah Toko di dalamnya Area Website
Sendai Port Mitsui Outlet  Park 120 Miyagi Mitsui Sendai
Sendai-Izumi Premium Outlet 80 Miyagi Premium Sendai-Izumi
Hillside Shops & Outlet 50 Miyagi Hillside
Ami Premium Outlet 150 Ibaraki Premium Ami
Resort Outlet Oarai 60 Ibaraki Oarai Outlet
Sano Premium Outlet 170 Tochigi Premium Sano
Nasu Garden Outlet 120 Tochigi Nasu Garden
Iruma Mitsui Outlet Park 210 Saitama Mitsui Iruma
Lake Town Outlet 140 Saitama Lake Town
Makuhari Mitsui Outlet  Park  140 Chiba Mitsui Makuhari
Kisarazu Mitsui Outlet Park 140 Chiba MItsui Kisarazu
Tama Minami Osawa Mitsui Outlet Park 110 Tokyo Mitsui Tama Minami
Grandberry Mall 60 Tokyo Grandberry Mall
Venus Fort Odaiba 40 Tokyo Venus Fort
Yokohama Bayside Mitsui Outlet Park 80 Kanagawa Mitsui Yokohama 
Yatsugatake Resort Outlet 70 Yamanashi Yatsugatake
Toki Premium Outlet 180 Gifu Premium Toki
Laguna Festival Market 80 Aichi Laguna
Jazz Dream Nagashima Mitsui Outlet Park 240 Mie Mitsui Nagashima
Shiga Ryuo Mitsui Outlet Park 240 Shiga Mitsui Shiga Ryuo
Kishiwada CanCan Bayside Mall 100 Osaka Kishiwada Cancan
ATC Town Outlet Mare 60 Osaka ATC Town
Kobe-Sanda Premium Outlet 210 Hyogo Premium Kobe-Sanda
Kurashiki Mitsui Outlet Park 120 Okayama Mistui Kurashiki
Hiroshima Marina Hop 60 Hiroshima Marina Hop
 Cools Mall  30 Ehime Cools Mall
 Marinoa City Fukuoka  150 Fukuoka Marinoa City
Tosu Premium Outlet 150 Saga Premium Tosu
Ashibinaa Okinawa Outlet Mall 60 Okinawa Ahibina Okinawa

  [/showhide]

Jika anda dah pilih nak pergi outlet mall yang mana satu? Letak siap-siap dalam itinerary anda supaya anda boleh shopping dengan tenang. Dan jangan lupa bookmark restoran halal dan musholla berdekatan outlet mall yang anda ingin kunjungi dalam aplikasi Halal Navi.

download-1 ios

Eat • Pray • Connect

No Comments

Leave a Comment