Outlet Mall Yang Perlu Anda Kunjungi Di Jepun
Jepun adalah syurga dunia untuk kaki shopping. Tak kisahlah anda kaki shopping yang macam mana; peminat fesyen, kraf tangan, gajet, buah tangan, atau apa-apa pun, Jepun ada semuanya!
Apa yang lagi best bagi kaki shopping selain outlet mall? Anda boleh terokai ratusan kedai dalam satu kawasan sahaja untuk dapatkan pelbagai jualan diskaun. Disini kami senaraikan outlet mall seluruh Jepun dan di antaranya ada yang Mesra Muslim. Sila berhati-hati dan kawal diri anda sebelum pokai!
Credit to Giphy
1. Gotemba Premium Outlet, Shizuoka
Credit photo to Simon
Gotemba Premium Outlet adalah di antara destinasi membeli belah yang popular di Jepun. Ianya terletak di bandar Gotemba dengan latar pemandangan Gunung Fuji yang indah. Bas Shuttle percuma disediakan dari Stesen JR Gotemba ke pusat membeli belah setiap 20 minit.
Alamat | 1312, Fukasawa, Gotemba, Shizuoka |
Masa Operasi | Mac - Nov : 10.00 am - 7.00 pm Dis - Feb : 10.00 am - 7.00 pm |
Musolla | Disediakan |
Website | http://www.premiumoutlets.co.jp/en/gotemba/ |
2. Shisui Premium Outlet, Chiba
Credit photo to Japan Travel Guide
Ini adalah outlet yang paling dekat dengan Lapangan terbang Narita. Jika ada betul-betul kaki shopping, anda boleh pergi terus ke Shisui Premium Outlet apabila anda menjejakkan kaki ke Tokyo. Anda boleh beli tiket bas direct di Kaunter Bas Keisei di dalam lapangan terbang Narita. Hanya mengambil masa 20 minit untuk ke sana dari Lapangan Terbang Narita. Sangat sesuai jika anda hanya ada sedikit masa untuk menunggu penerbangan anda. Ratusan kedai jenama antarabangsa dan jenama Jepun ada di sini.
Alamat | 2-4-1, Iizumi Shisui-machi, Inba-gun, Chiba 285-0912 |
Masa Operasi | 10.00 am - 8.00 pm |
Restoran Halal | Hannari (Di dalam kawasan outlet) |
Musholla | Disediakan |
Website | http://www.premiumoutlets.co.jp/en/shisui/ |
3. Karuizawa Prince Shopping Plaza, Nagano
Credit photo to Random SC
Karuizawa Prince Shopping Plaza terletak di salah satu resort terbaik di Jepun. Dengan pemandangan semulajadi yang indah akan membuatkan aktiviti membeli belah anda lebih menyeronokkan. Mereka mempunyai lebih dari 240 outlet kedai dengan pelbagai jenama antarabangsa. Pusat membeli belah ini adalah sebahagian daripada Prince Garden Resort Karuizawa yang juga mempunyai hotel, padang golf, ski dan beberapa faciliti lain.
Alamat | Karuizawa, 軽井沢町 Kitasaku District, Nagano Prefecture |
Masa Operasi | 10.00 am - 7.00 pm |
Musholla | Disediakan |
Website | http://www.karuizawa-psp.jp/en |
4. Osaka Tsurumi Mitsui Outlet Park, Osaka
Credit photo to WikipediaMengambil masa hanya 15 minit berjalan kaki dari stesen Tsurumi. Bas Shuttle percuma disediakan dari stesen Moriguchi dan Moriguchi Royal Pines Hotel. Mereka juga mengendalikan pertunjukan live dan event istimewa pada hujung minggu.
Alamat | 2-7-70 Matta Omiya, Tsurumi-ku, Osaka |
Masa Operasi | Isnin -Jumaat : 11.00 am - 8.00 pm Hujung Minggu dan Hari Cuti: 10.00 am - 8.00 pm |
Restoran Halal | Ramen Honolu (15 minit dengan menaiki kereta) |
Website | http://www.31op.com/osaka/english/ |
5. Rinku Premium Outlet, Osaka
Credit photo to Cheryl Chan Photography
Rinku Premium Outlet merupakan pusat membeli belah outlet besar yang mempunyai lebih dari 200 kedai. Berada berdekatan dengan Lapangan Terbang Kansai, dipisahkan dengan pantai dan hanya 20 minit daripadanya.
Address | 3-28, Rinku Ourai Minami, Izumisano, Osaka |
Operating hours | 10.00 am - 8.00 pm |
Praying Rooms | Available |
Website | http://www.premiumoutlets.co.jp/en/rinku/ |
6. Marine Pia Kobe Mitsui Outlet Park, Kobe
Credit photo to Kurera
Outlet ini berada bersebelahan dengan pantai, suasananya agak berangin dan selesa untuk kita berjalan-jalan dan menikmati pemandangan laut selepas aktiviti membeli belah. Anda juga dapat melihat keindahan Jambatan Akashi Kaikyo dan illumination selepas matahari terbenam. Pada hujung minggu dan hari cuti, bas shuttle disediakan percuma dari stesen Tarumi ke outlet ini..
Alamat | 12-2, Kaigan-dori, Tarumi-ku, Kobe, Hyogo |
Masa Operasi | 10.00 am - 8.00 pm |
Restoran Halal | Gaylord Restaurant (Di dalam kawasan outlet) |
Website | http://www.31op.com/kobe/english/ |
7. Sapporo Kitahiroshima Mitsui Outlet Park, Hokkaido
Credit photo Dpuls Guide
Branch Mitsui Outlet in hanya 30 minit dari Lapangan Terbang New Chitose atau 50 minit dari stesen JR Sapporo dengan menaiki bas shuttle. Ia juga berdekatan dengan perkampungan petani tempatan Hokkaido yang anda boleh kunjungi selepas ada selesai membeli belah di sini.
Alamat | 3-7-6 Omagari-saiwai, Kita-hiroshima, Hokkaido |
Masa Operasi | 10.00 am - 8.00 pm |
Restoran Halal | Horyu Ramen (30 minit dengan kereta) |
Musholla | Disediakan |
Website | http://www.31op.com/sapporo/english/ |
8. Wing Bay Otaru, Hokkaido
Credit photo to Superpama
Outlet ini terletak di sebelah hotel Grand Park. Jika anda menginap di hotel, anda boleh ke pusat membeli belah dengan hanya berjalan kaki kerana kedua bangunan ini bersambung. Mempunyai 3 tingkat dengan 5 segmen kumpulan kedai yang memudahkan aktiviti membeli belah anda.
Alamat | 11, Chikko, Otaru-shi, Hokkaido |
Masa Operasi | 10.00 am - 9.00 pm |
Restoran Halal | Otaru Kourakuen (10 minit dengan kereta) |
Website | http://www.wingbay-otaru.co.jp/ |
9. Chitose Outlet Mall Rera, Hokkaido
Credit photo to Prod Hanya 2 Km dari Lapangan Terbang New Chitose, pilihan terbaik jika anda nak shopping pada saat-saat akhir sebelum penerbangan pulang anda. Bas Shuttle juga percuma dari lapangan terbang jadi anda tiada sebab untuk tidak pergi ke outlet ini. Jika anda dari stesen JR Minami Chitose pula, hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki ke pusat membeli belah ini. Outlet ini tidaklah sebesar outlet yang lain tapi berbaloi jika anda berada berdekatan.
Alamat | 1-2-1 Kashiwadaiminami, Chitose, Hokkaido |
Masa Operasi | 10.00 am - 7.00 pm |
Musholla | Disediakan |
Website | http://www.outlet-rera.com/english/ |
Selain daripada 9 yang diatas, masih banyak lagi outlet mall di seluruh Jepun yang anda boleh kunjungi semasa percutian anda. Di sini kami kumpulkan kesemua outlet mall di dalam galeri di bawah. Mungkin ada boleh kunjungi mana-mana outlet mall yang berdekatan dengan tempat percutian anda.
[showhide type="pressrelease" more_text="Show Outlet Malls Directory (29 outlet)" less_text="Hide Outlet Malls Directory" hidden="yes"]
Outlet Mall | Jumlah Toko di dalamnya | Area | Website |
Sendai Port Mitsui Outlet Park | 120 | Miyagi | Mitsui Sendai |
Sendai-Izumi Premium Outlet | 80 | Miyagi | Premium Sendai-Izumi |
Hillside Shops & Outlet | 50 | Miyagi | Hillside |
Ami Premium Outlet | 150 | Ibaraki | Premium Ami |
Resort Outlet Oarai | 60 | Ibaraki | Oarai Outlet |
Sano Premium Outlet | 170 | Tochigi | Premium Sano |
Nasu Garden Outlet | 120 | Tochigi | Nasu Garden |
Iruma Mitsui Outlet Park | 210 | Saitama | Mitsui Iruma |
Lake Town Outlet | 140 | Saitama | Lake Town |
Makuhari Mitsui Outlet Park | 140 | Chiba | Mitsui Makuhari |
Kisarazu Mitsui Outlet Park | 140 | Chiba | MItsui Kisarazu |
Tama Minami Osawa Mitsui Outlet Park | 110 | Tokyo | Mitsui Tama Minami |
Grandberry Mall | 60 | Tokyo | Grandberry Mall |
Venus Fort Odaiba | 40 | Tokyo | Venus Fort |
Yokohama Bayside Mitsui Outlet Park | 80 | Kanagawa | Mitsui Yokohama |
Yatsugatake Resort Outlet | 70 | Yamanashi | Yatsugatake |
Toki Premium Outlet | 180 | Gifu | Premium Toki |
Laguna Festival Market | 80 | Aichi | Laguna |
Jazz Dream Nagashima Mitsui Outlet Park | 240 | Mie | Mitsui Nagashima |
Shiga Ryuo Mitsui Outlet Park | 240 | Shiga | Mitsui Shiga Ryuo |
Kishiwada CanCan Bayside Mall | 100 | Osaka | Kishiwada Cancan |
ATC Town Outlet Mare | 60 | Osaka | ATC Town |
Kobe-Sanda Premium Outlet | 210 | Hyogo | Premium Kobe-Sanda |
Kurashiki Mitsui Outlet Park | 120 | Okayama | Mistui Kurashiki |
Hiroshima Marina Hop | 60 | Hiroshima | Marina Hop |
Cools Mall | 30 | Ehime | Cools Mall |
Marinoa City Fukuoka | 150 | Fukuoka | Marinoa City |
Tosu Premium Outlet | 150 | Saga | Premium Tosu |
Ashibinaa Okinawa Outlet Mall | 60 | Okinawa | Ahibina Okinawa |
[/showhide]
Jika anda dah pilih nak pergi outlet mall yang mana satu? Letak siap-siap dalam itinerary anda supaya anda boleh shopping dengan tenang. Dan jangan lupa bookmark restoran halal dan musholla berdekatan outlet mall yang anda ingin kunjungi dalam aplikasi Halal Navi.