Monyet Mandi Dalam Onsen di Taman Monyet Jigokudani

Jangan rasa pelik pulak kalau anda nampak monyet mandi dalam onsen (mata air semulajadi). Sebab apa? Monyet-monyet comel ni lah yang boleh releasekan stress dan tekanan hidup. Comel sangat dan mesti lah seronok dapat melihat monyet-monyet comel ni bermandi-manda dan berinteraksi dengan monyet lain sama macam manusia. Di Jigokudani Yaen Koen (a.k.a Taman Monyet Jigokudani) terletak di Yamanouchi, tidak jauh daripada bandar-bandar onsen Shibu dan Yudanaka, taman ini merupakan satu-satunya tempat yang di mana monyet-monyet comel ni dapat relax-relax , berendam dalam onsen.

Sumber: Jim Dobson
Apabila anda kesini, tak akan rasa masa tu berlalu sebab terlalu leka sangat memerhati monyet-monyet ini berendam berjam-jam macam manusia. Paling seronok, monyet-monyet ini tak takut dengan manusia tau, so anda boleh lah melihat aktiviti harian mereka secara dekat. TAPI, menyentuh dan memberi makan kepada monyet-monyet ini adalah dilarang sama sekali.

Sumber: ENZA Cafe
Sebelum menuju ke Taman Monyet Jigokudani, kalau lapar - anda boleh singgah di ENZA Cafe (猿 座 カ フ ェ) terletak di pintu masuk taman itu sendiri, jangan risau restoran ini menghidangkan menu vegetarian dan tiada unsur daging tidak Halal.
Waktu operasi 9.30am - 5.00pm setiap hari
Alamat 1421-1 Hirao, Yamanochi, Shimotakai District, Nagano 381-0401
Telefon +81 269-38-1736
Website ENZA CAFE Jadikan aplikasi Halal Navi sebagai rakan baik anda semasa melancong ke Jepun. Muat turun sekarang!