Macam mana nak survive puasa selama 16 jam di Jepun?

Di dalam bahasa Jepun, puasa adalah 断食(だんじき)‘danjiki’. Berpuasa pada musim panas di Jepun mungkin agak mencabar kerana waktu berpuasa ialah selama 16 Jam. Bagi yang sudah lama menetap di Jepun, mahupun yang sedang merancang untuk berjalan ke Jepun, mungkin inilah masalah yang terbesar yang perlu dihadapi setiap kali menjelang Ramadhan di Jepun.

“Boleh sahur lagi ke weh?”
“Dah boleh berbuka ke belum ni?”

Yelah, bukan semua tempat boleh dengar azan dari masjid kan? Bagi memudahkan korang, kami sediakan jadual waktu solat bagi beberapa tempat yang utama di Jepun. Boleh la cetak dan tampal atau simpan dalam phone masing-masing ya!

Jadual waktu bersahur dan berbuka berbuka

Tokyo: Jadual penuh
1 Ramadhan: 02:40AM ~ 06:41PM
30 Ramadhan: 02:21AM ~ 06:59PM
Osaka: Jadual penuh
1 Ramadhan: 03:02AM ~ 06:56PM
30 Ramadhan: 02:44AM ~ 07:13PM
Nagoya: Jadual penuh
1 Ramadhan: 02:54AM ~ 06:51PM
30 Ramadhan: 02:35AM ~ 07:09PM
Kobe: Jadual penuh
1 Ramadhan: 03:03AM ~ 06:57PM
30 Ramadhan: 02:45AM ~ 07:14PM
Gifu: Jadual penuh
1 Ramadhan: 02:53AM ~ 06:53PM
30 Ramadhan: 02:43AM ~ 07:10PM
Fukuoka: Jadual penuh
1 Ramadhan: 03:27AM ~ 07:14PM
30 Ramadhan: 03:10AM ~ 07:31PM
Sapporo: Jadual penuh
1 Ramadhan: 01:49AM ~ 06:54PM
30 Ramadhan: 01:12AM ~ 07:17PM      
best-ramadan-memes
Credit to Pinterest
Bersahur
Disebabkan waktu subuh yang agak awal berbanding Malaysia iaitu sekitar jam 3 pagi, mungkin agak mencabar untuk bangun sahur. Sesetengah masjid di Jepun juga menyediakan juadah sahur seperti masjid di Fukuoka, korang boleh juga beriktikaf dan tidur di masjid jika masjid di sekitar kawasan ada menyediakan sahur.  Pastikan korang bersahur untuk menghadapi waktu puasa yang panjang.
group
Banyakkan minum air
Bagi mengelakkan dehidrasi pada waktu berpuasa terutama pada musim panas di Jepun, pastikan korang mengambil air pada jumlah yang mencukupi. Korang boleh juga mengikuti tips ini supaya dapat meminum air sebanyak 8 gelas atau 2 liter sehari:
 
  1. 1 gelas ketika berbuka.
  2. 1 gelas selepas berbuka.
  3. 1 gelas selepas solat maghrib. 
  4. 1 gelas selepas solat isyak.
  5. 1 gelas selepas solat terawih.
  6. 1 gelas sebelum tidur.
  7. 1 gelas sebelum makan sahur.
  8. 1 gelas selepas makan sahur.
 
Kurangkan aktiviti luar
Memandangkan pada waktu ini adalah peralihan musim untuk musim panas, cuaca agak tidak menentu seperti perubahan suhu dan hujan. Hadkan aktiviti luar pada waktu ini untuk mengelakkan demam atau jatuh sakit supaya korang dapat menjalankan ibadah bulan ramadhan dengan sempurna.
 
Berbuka puasa
Waktu maghrib adalah sekitar jam 7 petang dan ini adalah waktu yang paling dinantikan setelah berpuasa selama 16 jam. Untuk menghayati bagaimana muslim di Jepun menyambut Ramadhan, cara yang terbaik adalah untuk menghadiri majlis iftar di masjid. Kebiasaanya, masjid yang terkenal seperti Tokyo Camii dan Masjid Kobe akan menyediakan majlis iftar. Korang juga boleh berbuka puasa di restoran sekitar Masjid yang menyediakan makanan Halal dengan memuat turun aplikasi Halal Navi.
Tarawih
Kebanyakan masjid di sekitar jepun ada menyediakan jadual untuk solat tarawih. Korang boleh cek masjid di sekitar untuk mengetahui aktiviti-aktiviti masjid pada bulan ramadhan yang boleh disertai. Korang juga boleh mengambil peluang untuk berkenalan dengan muslim dari pelbagai negara dengan mengikuti aktiviti masjid. Jika kawasan korang jauh pada masjid, boleh juga berterawih di rumah dengan keluarga, rakan-rakan atau seorang diri. Rujuk PDF bagi yang memerlukan:
 
Tempat makan yang berhampiran dengan masjid
 


 Lepas tarawih 20 rakaat mesti rasa lapar kan? Sesetengah masjid ada yang sediakan moreh (jamuan ringan). Makanan apa biasanya ikut ahli kariah masjid tu. Kalau ramai dari Pakistan, ada makanan macam Nan dengan kari, manisan tradisi dan sebagainya.
Tapi kalau tak disediakan atau nak makan sahur awal, boleh makan kat restoran yang dekat dengan masjid. Boleh rujuk list di bawah. Nak senang boleh guna app Halal Navi (muat turun), search dalam app masjid mana yang korang pergi. Dalam page masjid tu ada juga senarai restoran berhampiran.
 

Hokkaido

  1. Sapporo Masjid (Sapporo, Hokkaido)
  2. Masjid Al Noor (Otaru, Hokkaido)

Kanto

  1. Tokyo Camii & Turkish Culture Center (Shibuya, Tokyo)
  2. Yokohama Musalla (Yokohama, Kanagawa)
    • Shagun (Indian/Pakistani, 800m)
  3. Assalam Mosque (Okachimachi, Tokyo)
  4. Hira Mosque (Gyotoku, Chiba)
  5. Asakusa Mosque (Asakusa, Tokyo)
Chubu
  1. Nagoya Masjid (Nagoya, Aichi)
  2. Shizuoka Musalla (Shizuoka, Shizuoka)
  3. Fukui Masjid (Fukui, Fukui)
Kansai
  1. Osaka Mosque (Osaka-shi, Osaka)
  2. Kyoto Mosque (Kyoto-shi, Kyoto)
  3. Kobe Mosque (Kobe, Hyogo)
Kyushu
  1. Fukuoka Masjid (Fukuoka-shi, Fukuoka)
  2. Beppu Masjid (Beppu, Oita)

Kalau ada lagi restoran best yang dekat dengan masjid, tolong share kat comment ye! Nanti kami akan tambah dalam senarai.

androidios

Eat • Pray • Connect

 

Follow us on Instagram

macam-mana-nak-survive-puasa-selama-16-jam-di-jepun-blog-halal-navi