Etika Penggunaan Chopstick Anda Harus Tahu Sebelum Ke Jepun
Chopstick atau penyepit banyak digunakan dalam masakan Jepun. Pada akhir tahun 2013, masakan Jepun (にほんりょうり) telah disenaraikan sebagai warisan budaya UNESCO, menyebabkan semakin ramai orang di seluruh dunia makan masakan Jepun. Malah, mereka yang tidak pernah melawat Jepun juga akan menggunakan chopstick ketika makan di restoran Jepun. Seperti etika meja di restoran Perancis, negara Jepun juga mempunyai etika semasa menggunakan chopstick. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mempunyai kawan dari Jepun, anda mungkin tidak akan tahu etika ini. Jangan risau, kami akan senaraikan etika penggunaan chopstick di Jepun untuk orang yang sukakan budaya Jepun atau akan bercuti ke Jepun nanti. Apakah perkara yang perlu dielak ketika menggunakan chopstick apabila berada di Jepun? 1) Meletak Chopstick di atas Semua Hidangan
2) Menggaul Makanan
3) Menggigit Chopstick
4) Menyilang Chopstick
5) Memindah Makanan Menggunakan Chopstick
6) Menunding Chopstick Pada Orang
7) Meletak Chopstick Dalam Mangkuk
8) Mencucuk Makanan
9) Menjilat Makanan Daripada Chopstick
Ingin tahu lebih banyak fakta menarik mengenai Jepun? Muat turun Halal Navi App, yang juga sesuai untuk anda yang merancang untuk melancong di Jepun untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang restoran Halal.