5 Aktiviti Utama di Kamogawa Sea World

Chiba Jun 17, 2019
kamogawa-sea-world-1-2

Sumber: Gaya Travel

Kita jarang ada peluang untuk melihat haiwan laut dengan rapat kerana persekitaran hidup mereka tidak sama dengan kita. Walau bagaimanapun, kita masih ingin tahu tentang mereka, tentang ciri-ciri unik dan biologi yang membolehkan mereka hidup dalam laut. Cara yang paling berkesan untuk memahami mereka adalah interaksi dengan mereka.

Kamogawa Sea World ialah akuarium yang perlu anda lawati ketika berada di Chiba. Di dalamnya tersedia lebih daripada 11,000 haiwan laut yang hidup dalam kemudahan yang mesra alam sekitar. Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan ketika berada di Kamogawa Sea World adalah:

1) Persembahan

1

Pastilah persembahan haiwan laut adalan aktiviti yang terkenal di sini. Haiwan laut yang akan membuat persembahan ialah paus pembunuh, dolfin, singa laut dan beluga. Setiap persembahan akan memberikan anda pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Jangan terkejut dengan kecerdasan mereka semasa melakukan persembahan tersebut!

2) Masa Memberi Makan

2

Anda boleh belajar mengenai tabiat makan haiwan seperti walrus, singa laut steller, penguin dan ikan terumbu karang dengan memberi makanan kepada mereka.

3) Penjelasan tentang Burung Undan

3

Burung Undan atau Pelikan adalah sejenis burung air yang mempunyai paruh yang panjang dan memiliki kantung di bawah paruhnya. Penjaga akan memberikan penjelasan ringkas supaya anda boleh mengetahui detail tentang Burung Undan.

4) Lawatan dan Aktiviti Lain

4

Selepas melihat persembahan, anda juga boleh berinteraksi dengan haiwan laut lebih dekat. Walaupun mereka bersaiz besar tetapi tidak ganas. Anda boleh menyentuh dan mencium mereka, dan juga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

5) Permainan dan Mesej 3D/CG  daripada Terumbu Karang

5

Akuarium ini ialan akuarium yang pertama menggunakan teknologi 3D/CG untuk menunjukkan ekologi kepelbagaian terumbu karang. Anda boleh melihat terumbu karang yang berwarna-warni tanpa menyelam dalam laut. Belajar kepelbagaian biologi dan perbezaan spesies ikan sambil bermain.

Muat turun aplikasi Halal Navi untuk maklumat lanjut tentang percutian berkonsep Halal di Jepun. Boleh di perolehi di Google Play Store dan App Store.

Halal Navi - Discover & explore Halal places
Halal Navi helps you find the best Halal places to eat, pray, shop and more.
Download Now!

Tags

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.