3 Ski Resort Mesra Muslim Di Jepun

Panduan Melancung Dec 13, 2016

Musim sejuk dah datang! Yeay. Apa yang kita boleh buat masa musim sejuk ni? Mestilah main ski! Terutamanya jika kita dari negara tropika, memang salah satu impian kita sejak zaman kanak-kanak nak pegang dan main salji. Dan sebagai muslim, semestinya kita nak cari ski resort yang mesra muslim kan? Nak cari makanan halal kat negara orang dah la susah. Nah, kami perkenalkan 3 Ski resort di Jepun yang mesra muslim yang boleh anda kunjungi masa cuti anda!

Ski resort mesra muslim

1. APPI Resort di Iwate

Terletak 40 degree di utara khatulistiwa, APPI resort mungkin adalah ski resort mesra muslim yang terbaik di Jepun. Pada latitude yang sama jugalah terletaknya ski resort yang popular di dunia seperti Arlberg di Austria dan Aspen di USA. Banyak yang anda boleh buat dia sini. Dari meneroka hutan bersalji, meluncur salji di APPI resort, ski, snowboarding, menaiki gondola untuk melihat keindahan alam dari atas, kolam air panas dan macam-macam lagi.

Appi resort mesra muslim

Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan ialah meneroka hutan dibelakang APPI Resort menggunakan kasut salji khas seperti di dalam gambar di atas. Malah, anda mungkin bakal terserempak dengan binatang liar semasa dalam perjalanan.  Ianya percuma jika anda menginap di APPI Hotel. Tetapi jika anda tidak menginap di sini, anda hanya perlu bayar ¥1000. Tour ini dibuka dari 17 Disember sehingga 2 April setiap tahun.

Appi resort mesra muslim

Nikmati permandangan Tohoku yang dilitupi salji dari langit. APPI Resort juga dikelilingi oleh hutan bersalji yang besar lagi indah. Anda perlu luangkan sekurang-kurangnya 3 hari untuk menghabiskan kesemua laluan ski di sana. Jangan risau jika anda tiada pengalaman untuk bermain ski kerana mereka juga menyediakan kelas untuk beginner yang diajar oleh pelatih yang boleh berbahasa Inggeris.

Appi resort mesra muslim

Anda juga tidak perlu risau untuk mencari makanan halal semasa menginap di APPI. Restoran yang berada di dalam APPI Resort (Nanashigure) menyediakan makanan Jepun yang telah diberikan pensijilan halal oleh Malaysia Halal Corporation (MHC).

Untuk Info yang lebih lanjut mengenai Restoran APPI Nanashigure , klik di sini. Untuk pertanyaan dan booking, klik di sini.

2. Rusutsu Resort di Hokkaido

Rusutsu adalah ski resort lain yang mesra muslim yang terletak di Hokkaido. Resort in melingkupi 3 banjaran yang besar: Pergunungan Barat, Pergunungan Timur dan Gunung Isola. Dengan purata 14 meter salji tahunan, anda boleh membuat Olaf anda sendiri dengan salji!

ski resort mesra muslim

Ada beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di Rusutsu. Dari ski dan snowboarding, menaiki gondola, meneroka hutan bersalji dengan dog-sledding, berakit diatas salji, menaiki snowmobile, kolam air panas dan kolam renang indoor dengan ombak buatan. Resort ini sememangnya sesuai untuk aktiviti bersama keluarga terutamanya yang membawa anak kecil.

Rusutsu resort mesra muslim

Credit to Escape

Bayangkan meluncur salji dengan dog-sleeding seperti di dalam filem-filem, dan kemudiannya menaiki gondola untuk melihat keindahan salji dari atas. Permandangan yang indah ini amat sesuai untuk anda kongsikan di Instagram!

Rusutsu resort mesra muslim
Credit to Skijapan

Tiada tempat lain seperti di Rusutsu. Anda boleh menikmati salji dengan kenderaan kegemaran anda. Dari  dog-sledding, menaiki kereta api salji dengan kawan-kawan anda, menaiki snowmobile ataupun menaiki rakit salji.

Rusutsu resort mesra muslim
Credit to Skijapan

Masih ingin berenang walaupun dalam musim sejuk? Apa salahnya. Hotel Rusutsu memiliki kolam renang indoor dengan ombak buatan yang membolehkan anda merasai suasana di pantai tanpa rasa sejuk membeku, hihi.

Rusutsu resort mesra muslim
Credit to Rusutsu

Apa yang penting Restoran Rusutsu Resort menyediakan makanan mesra Muslim untuk pelancong Muslim di restoran hotelnya. Mereka menyediakan set Halal Grilled dam shabu-shabu bersama hidangan yang lain termasuklah Udon, Tempura, Salad, Nasi dan Pencuci Mulut yang semestinya kesemuanya halal.

Untuk Info yang lebih lanjut mengenai Restoran Rusutsu Resort , klik di sini. Untuk pertanyaan dan booking, klik di sini.

3. Sahoro Resort di Hokkaido

Sahoro Resort terletak di timur lereng Pergunungan Sahoro, di selatan daerah Shintoku Hokkaido. Gunungnya tidaklah terlalu curam dengan kecerunan maksimum 39 darjah menjadikan Sahoro sebagai destinasi yang terbaik untuk peluncur beginner dan intermediate. Selain ski dan snowbording, ada banyak lagi aktiviti yang boleh anda terokai di sini.

Sahoro resort mesra muslim
Credit to ATT-Japan

Anda mesti mencuba airboarding yang akan membuatkan anda rasa seperti terbang di atas salji. Hanya dengan ¥ 7000-8000 untuk setengah hari.

Sahoro resort mesra muslim
Credit to Skijapan

Bawa anak kecil anda untuk memancing ikan dari lapisan ais di Sahoro. Resort ini akan menyediakan semua peralatan yang anda perlukan bahkan anda boleh masak dan makan terus hasil tangkapan anda di sana!

Sahoro resort mesra muslim
Credit to Sahoro Resort

Sahoro Resort menawarkan aktiviti-aktiviti luar biasa yang mungkin anda tidak pernah jumpa di tempat lain. Dari aktiviti memanjat pokok untuk melihat hutan salji dari atas, menunggang kuda sambil meneroka keindahan musim salji di Sahoro, mengikuti penjelajahan  pada malam hari untuk menyaksikan bintang-bintang di langit dan mencari kesan-kesan cakaran beruang.

Pada tahun 2012, Restoran Sahoro Resort telah mendapat pensijilan halal oleh MHC dan mula menyediakan makanan Halal untuk pelanggan Muslimnya. Mereka menyediakan pelbagai hidangan Jepun dan Barat untuk menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan. Malah mereka juga menyediakan arah kiblat memudahkan anda menunaikan solat. Ini menjadikan Sahoro diantara ski resort yang paling mesra Muslim di Jepun.

Untuk Info yang lebih lanjut mengenai Restoran Sahoro Resort , klik di sini.
Untuk pertanyaan dan booking, klik di sini.

Jadi apa tunggu lagi? Kemas barang-barang anda dan tempah tiket ke Jepun sekarang juga! Jika anda masih risau untuk mencari makanan halal di Jepun, muat turun Halal Navi untuk menjadi panduan peribadi anda. Anda boleh cari restoran halal dan tempat solat berdekatan, bookmark destinasi restoran yang anda nak pergi, dapatkan halal tip dari pengguna lain, tulis review dan lain-lain lagi!

Halal Navi - Discover & explore Halal places
Halal Navi helps you find the best Halal places to eat, pray, shop and more.
Download Now!

Tags

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.