13 Festival Di Kyoto Yang Anda Perlu Sertai Pada Tahun 2017

Baca : English ● Malay ● Indonesia

Kyoto sememangnya terkenal sebagai bandar warisan dan destinasi terbaik untuk mereka yang ingin mengetahui tentang budaya Jepun yang asli. Terdapat banyak lokasi di Kyoto yang perlu anda kunjungi semasa anda di Jepun. Di sana terletaknya Kyoto Imperial Palace, Kinkaku-ji, Nijo Castle, Ryoanji Temple dan macam-macam lagi! Apa yang lebih menarik ialah terdapat banyak festival yang dianjurkan oleh komuniti tempatan sepanjang tahun. Dari pertunjukan bunga api dan acara unggun api, pertandingan memanah, pertunjukan Geisha, aktiviti memancing hinggalah ke perarakan yang panjang. Adakah anda berminat untuk bersama dengan penduduk tempatan menyertai aktiviti ini? Berikut adalah 13 festival di Kyoto yang boleh anda sertai pada tahun 2017!

1. Hatsumode, Jan 1 – Jan 5

Hatsumode Halal NaviCredit to Lukezeme

Tahun baru merupakan acara penting di Jepun, sebagaimana Hari Raya Aidilfitri untuk Muslim, di mana kesemua ahli keluarga berkumpul  dan melawat tempat sembahyang mereka iaitu kuil. Festival ini dikenali sebagai Hatsumode, yang bermaksud lawatan yang pertama ke kuil. Sebelum masuk ke dalam kuil, mereka akan membasuh tangan mereka dan minum air  di pintu masuk sebagai ritual penyucian diri. Selepas itu, mereka akan beratur untuk membunyikan loceng di dalam kuil dan berdoa agar kebaikan akan datang dalam tahun baru ini. Masyarakat tempatan juga akan membawa persembahan mereka ke kuil seperti arak sake, nasi, sayur kobis, mochi dan macam-macam lagi. Anda boleh melawat mana-mana kuil yang besar untuk merasai sendiri suasana festival ini tetapi kami mencadangkan kepada anda untuk ke Fushimi Inari Taisha Shrine yang popular.

Lokasi Fushimi Inari Taisha Shrine
68 Fukakusa Yabunouchicho, Fushimi Ward, Kyoto, Kyoto
Kenderaan awam 5 min berjalan kaki dari stesen Inari
10 min berjalan kaki stesen Fushimi Inari
Tiket Percuma
Restoran Halal terdekat  Raju Fushimi (Indian Cuisine)

2. Toshiya, Jan 8

Toshiya Halal NaviCredit to Hibakama

Toshiya adalah pertandingan memanah tahunan yang berlangsung di kuil Sanjusangendo(merupakan struktur kayu terbesar di Jepun) di Kyoto. Pertandingan ini diilhamkan oleh seorang samurai pada tahun 1606  yang memanah 100 anak patah  sepanjang kuil dan mengenai target sebanyak 51 kali. Peserta perlu memanah dari jarak 60 meter, separuh dari panjang bangunan. Sejumlah 2,000 peserta wanita akan bertanding dalam festival ini. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional kimono sambil memanah, suasana yang anda tidak akan nampak setiap hari. Anda boleh menonton pertandingan ini dari beranda kuil.

Lokasi Sanjusangendoa Shrine
657 Sanjūsangendōmawari, Higashiyama-ku, Kyōto-shi, Kyōto-fu
Kenderaan awam 3 minit berjalan kaki dari stesen Kyoto Shiyakucho-mae
7 minit berjalan kaki dari stesen Keihan Railways’ Shichijo
Tiket Percuma ketika pertandingan
Restoran Halal terdekat Kyoto Fujino (Japanese Cuisine)

3. Miyako Odori, April 1

Miyako Odori Halal NaviCredit to Insidejapantours

Kyoto merupakan ibu negara Jepun untuk lebih dari 1000 tahun sebelum ianya dipindahkan ke Tokyo pada tahun 1869. Festival ini diadakan oleh komuniti tempatan di teater Gion Kaburenjo 4 tahun selepas perpindahan ibu negara. Miyako Odori atau secara literalnya bermaksud “Tarian Ibu Negara” merupakan tarian yang dipersembahkan oleh Geiko(Geisha versi Kyoto) dan Maiko(anak murid Geiko). Geiko adalah gelaran yang diberikan kepada wanita yang dilatih dengan tarian tradisional, muzik dan seni kaligrafi berserta adab dan gaya yang unggul. Persembahan Miyako Odori bukan sahaja bertumpu kepada tarian malah disertai dengan drama pendek yang diiringi dengan muzik tradisional. Sedikit tip dari kami, datang awal ke sana dan anda boleh bersiar-siar di taman yang indah di sekitar kawasan teater.

Lokasi Gion Kaburenjo Theater
5-7-0 2, Higashiyama-ku, Kyōto-shi, Kyōto-fu
Kenderaan awam 6 minit berjalan kaki dari stesen Gion-Shijo
Tiket ¥ 2000 – 4500
Tempahan tiket http://www.miyako-odori.jp
Restoran halal terdekat Naritaya Gion (Ramen)

4. Kamogawa Odori, May 1 – May 24

Kamogawa Odori Halal NaviCredit to Japanbullet

Seperti Miyako Odori, Kamogawa Odori juga dipersembahkan oleh Geiko dan Maiko. Persembahan ini berlangsung di Teater Pontocho Kaburenjo sejak tahun 1872. Persembahan tariannya berkisarkan tentang sejarah Kyoto dan Jepun. Adakalanya penari lelaki juga turut serta memainkan watak samurai. Persembahan ini akan berlangsung selama 1 jam 15 minit dan ditutup dengan kemunculan semua Geiko yang memakai kimono, mengelilingi penonton. Persembahan ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Kalo mencadangkan agar anda menempah tiket anda sebelum ke Kyoto.

Lokasi Pontocho Kaburenjo Theater
1-3-0, Ishiyachō (Kiyamachidori), Nakagyō-ku,  Kyōto-shi,  Kyōto-fu
Kenderaan awam 4 minit berjalan kaki dari stesen Sanjo-Keichan
8 minit berjalan kaki dari stesen Karamachi
8 minit berjalan kaki dari stesen Gion-shijo
Tiket ¥ 2000 – 4500
Tempahan tiket http://www.kamogawa-odori.com/ticket/
Restoran halal terdekat Ganko Sanjo Honten

5. Aoi Matsuri, May 15

Aoi Matsuri Halal NaviCredit to Regex

Jika anda pernah terbayang-bayang bagaimana masyarakat Jepun yang berpakaian ratusan tahun dahulu, Aoi Matsuri akan merungkai teka-teki anda. Sebuah perarakan besar dengan lebih daripada 500 orang berpakaian persis zaman Heian (794~1185) berarak dari Imperial Palace menuju Kamo Shrines. Aoi Matsuri sendiri bermaksud daun Aoi. Dinamakan sempena daun yang digunakan sebagai perhiasan rakyatnya, perhiasan lembu dan kuda. Kemuncak utamanya apabila sekumpulan wanita mengiringi Puteri Raja untuk menghadap dewa. Puteri Raja akan mengenakan busana diraja dengan 12 lapisan kimono seberat 30kg. Kami mengesyorkan anda menonton festival ini dari Kuil Shimogamo ataupun Kuil Kamigamo untuk mendapatkan spot terbaik.

Lokasi Shimagomo Shrine
5-9, Izumigawacho, Shimogamo, Sakyo Ward, Kyoto, Kyoto
Kamigamo Shrines
339 Kamigamo Motoyama, Kita Ward, Kyoto, Kyoto
Kenderaan awam Shimagomo Shrine
Stesen Chayama, Mototanaka dan Demichayagi
Kamigamo Shrines
Stesen Kitaoji
Tiket ¥1000 – 5000 (Anda boleh beli tiket dari mana-mana laman web travel)
Restoran halal terdekat Nanzan (Yakiniku)

6. Mifune Matsuri, May 21

Mifune Matsuri Halal Navi

Credit to Japan-talk

Mifuni Matsuri adalah sebuah festival memperingati Parti bot diraja di Kyoto pada 1000 tahun yang lalu. Secara umumnya festival ini dibahagi kepada 3 bahagian; majlis di Kuil Kurumazaki, perarakan bot ke Sungai Oi, dan persembahan bot itu sendiri. Peserta akan berpakaian seperti zaman Heian dan menaiki lebih kurang 20 bot dan setiap bot mempunyai peranan masing-masing. Ada bot yang membawa ahli muzik untuk bermain muzik, ada pula bot yang membawa penari untuk persembahan tarian dan ada bot lain yang membawa penyajak untuk membacakan sajaknya dan seterusnya. Ianya agak menarik dan merupakan pengalaman berharga untuk melihat masyarakat Jepun berpakaian tradisional sambil menaiki bot berbentuk naga.

Lokasi Togetsykyo Bridge, Oigawa River
Sagatenryuji Susukinobabacho, Ukyo Ward, Kyoto, Kyoto
Kenderaan awam 4 minit berjalan kaki dari stesen Arashiyama
8 minit berjalan kaki dari stesen Randen Saga
Tiket Percuma
Restoran halal terdekat Yoshiya Arashiyama (Japanese)

7. Arashiyama Ukai, Late June – Late September

Arashiyama Ukai Halal Navi

Credit to Japan Guide

Jika anda gemar memancing ikan dengan mata kail moden anda, anda mesto mencuba festival ini semasa di Kyoto.  Anda akan lihat gaya memancing zaman lampau yang menggunakan burung kormoran yang dikenali sebagai Ukai, dilatih untuk menangkap ikan dengan bantuan cahaya unggun api. Anda boleh menaiki bot bersama-sama nelayan dan menikmati ikan segar dari gerai bot.  Walaubagaimanapun, anda masih boleh menonton dengan percuma aktiviti ini di sepanjang sungai.

Lokasi Togetsykyo Bridge, Oigawa River
Sagatenryuji Susukinobabacho, Ukyo Ward, Kyoto, Kyoto
Kenderaan awam 4 minit berjalan kaki dari stesen Arashiyama
8 minit berjalan kaki dari stesen Randen Saga
Tiket (bot) ¥ 1,700 ( Diskaun ¥200 jika anda memakai Yukata)
Restoran halal terdekat Yoshiya Arashiyama (Japanese)

8. Gion Festival, Jul 1 – Jul 29

Gion Festival Halal NaviCredit to World Festival Drectory

Gion Matsuri adalah salah satu dari festival yang popular di Jepun. Festival ini sudah pun berusia lebih dari 1200 tahun dan menjadi tarikan kepada ribuan pelancong. Festival ini berlangsung selama sebulan di Kyoto pada setiap bulan Julai setiap tahun. Sepanjang bulan akan dipenuhi dengan perarakan, persempahan tradisional, baju musim panas yukata, upacar kuno dan aktiviti yang menyeronokkan. Acara kemuncak adalah perarakan pada 17 Julai yang dinamakan Junko dan  perarakan terapung pada 24 Julai yang dinamakan Ato. Pada 17 Julai, 23 Yama dan Hoko (perarakan) akan diadakan di sekitar bandar dari persimpangan Shijo-Karasama dan berakhir di persimpangan Oike-karasuma. Manakala pada 24 Julai, perarakan berbaki dengan 10 Yama Hoko.

Cadangan lokasi festival Yasaka Shrine
625 Gionmachi Kitagawa, Higashiyama Ward, Kyoto, Kyoto
Kenderaan awam 8 minit berjalan kaki dari stesen Gion-Shijo
12 minit berjalan kaki dari stesen Kawaramachi
Tiket Free
Restoran halal terdekat Naritaya Yakiniku (Yakiniku)

9. Uji Hanabi, Middle of August

Uji Hanabi Halal NaviCredit to Exblog

Siapa yang tak suka Hanabi (bung api)? Jepun merupakan negara yang obses dengan bunga api. Lebih dari ratusan pertunjukkan bunga api di seluruh Jepun pada musim panas. Masyarakat tempatan akan mengenakan pakaian tradisional yukata dan kimono musim panas ataupun Jinbei untuk menyaksikan bunga api. Uji Hanabi adalah diadakan pertunjukan bunga api yang besar lebih dari 7,000 letupan dengan 70  tembakan yang berbeza akan menghiasi langit Sungai Uji di Kyoto.

Cadangan lokasi Furitsu Uji Park
Uji Togawa, Uji, Kyoto
Kenderaan awam 10 minit berjalan kaki dari stesen Uji
Tiket Free

10. Daimonji Festival, 16 August

Daimonji Halal NaviCredit to Cocolog Nifty

Festival Daimonji merupakan aktiviti tahunan yang berlangsung pada malam 16 Ogos di Kyoto di mana karekter kanji gergasi dan beberapa karekter lain akan dinyalakan dengan api menghiasi gunung Daimonji. Unggun api tersebut sangat besar sehingga mampu dilihat dari mana-mana arah di bandar Kyoto. Anda boleh lihat unggun api dinyalakan sekitar jam 8 malam, dengan 5 jumlah unggun api kesemuanya dan akan malap sekitar jam 8.30 malam. Daimonji sendiri merupakan gunung di Kyoto yang menjanjikan permandangan yang menarik, malah anada boleh melihat Osaka dari sini,

Cadangan lokasi Imadegawa Bridge, Kamo River
Kamo-gawa, Hazukashikamogawacho, Fushimi Ward, Kyoto, Kyoto
Kenderaan awam 10 minit berjalan kaki dari stesen Uji
Tiket Free
Restoran halal terdekat Jalan Jalan Malaysia (Malaysian Cuisine)

11. Kurama Fire Festival, 22 October

Kurama Fire Festival Halal NaviCredit to Regex

Setiap tahun pada malam 22 Oktober, lebih dari 10,000 orang akan berkumpul di Kyoto untuk menyaksikan perarakan berapi dari 250 obor di kuil Yuki-jinja dalam perkampungan Kurama. Kanak-kanak akan membawa obor yang kecil manakala orang dewasa akan membawa obor gergasi yang beratnya lebih dari 80kg. Kuil Yuki-jinja sendiri mempunyai landskap semulajadi yang untuk melihat musim luruh pada bulan 11. Festival ini diadakan untuk mengingati kedatangan dewa ke kampung. Kemuncak utama festival ini adalah obor sepanjang 3 meter yang akan diletakkan disepanjang jalan pada malam hari.

Cadangan lokasi Yuki Jinja Shrine
1073 Kuramahonmachi, Sakyō-ku, Kyōto-shi, Kyōto-fu
Kenderaan awam 12 minit berjalan kaki dari stesen Kurama
Tiket Percuma

12. Jidai Matsuri, 22 October

Jidai Matsuri Halal NaviCredit to Kyotomyou

Jidai Matsuri atau bermaksud Festival Zaman telah dimulakan pada 22 Oktober 1895, sempena meraikan tarikh Maharaja Kammu memasuki Heian-kyo. Ini adalah di antara perayaan yang penting di Kyoto. Festival ini mempunyai perarakan besar lebih dari 2,000 orang (termasuk 2 ekor lembu, 70 ekor kuda dan kereta perarakan) bermula dari Imperial Palace dan berjalan kaki sepanjang jalan-jalan utama di Kyoto selama kira-kira 2 jam dengan jarak keseluruhan 4.6km. Tarikan perayaan adalah Jidai Hyoretsu (Ratu Sejarah), Mikoshi (Kuil bergerak) dan orang-orang berpakaian seperti di Kyoto 1,200 tahun lampau.

Lokasi Heian Shrine
Okazaki Nishitennocho, Sakyo Ward, Kyoto, Kyoto
Kenderaan awam 10 minit berjalan kaki dari stesen Higashiyama
Tiket Percuma
Restoran halal terdekat Arash Kitchen (Indian Cuisine)

13. Kyoto Autumn Leaves, Mid Nov – Early Dec

Kiyomizudera Halal Navi Credit to Tsuiteru-reosan

Selama ini anda hanya mampu lihat keindahan daun musim luruh di dalam movie, sekarang anda di Jepun, apakata anda pergi sendiri menikmati keindahan festival musim luruh di Kyoto? Di Jepun, kebiasaannya orang akan ke kawasan di mana daun maple bertukar warna ke warna merah. Tempat yang menarik untuk anda lihat pemandangan merah ini adalah dari beranda kuil Kiyomizudera! Dari luar kuil ini dipenuhi dengan daun maple yang akan bertukar menjadi warna merah apabila tiba musim luruh. Anda mesti tidak mahu terlepas mengambil gambar berlatar belakangkan pemandangan seperti ini.

Lokasi Kiyomizudera Shrine
294 Kiyomizu 1-chome, Higashiyama Ward, Kyoto, Kyoto
Kenderaan awam 10 minit berjalan kaki dari stesen Higashiyama
Tiket ¥ 300
Restoran halal terdekat Kiyomizu Junsei Okabeya (Shabu-shabu)

Jadi, festival yang manakah dengan dengan tarikh trip anda ke Jepun? Teruskan bersama dengan blog kami dimana kami akan sentiasa berkongsi mengenai lokasi pelancongan, tip untuk travel dan semuanya mengenai Jepun! Jangan lupa untuk muat turun aplikasi kami untuk membantu anda semasa di sana. Anda boleh bookmark senarai restoran di atas dan lebih mudah untuk anda menggunakan fungsi navigasi aplikasi kami semasa anda di sana.

download-1 ios

Eat • Pray • Connect

No Comments

Leave a Comment