10 Restoran Mesra Muslim Yang Mesti Anda Cuba Di Kansai

Halal Food Jan 27, 2017

Sebagaimana tahun 2017 yang baru bermula, kami percaya mesti anda sudah mula menyediakan senarai aktiviti travel anda untuk tahun ini. Dan semestinya anda sangat teruja untuk pengembaraan seterusnya, kerana kami juga sama seperti anda!

giphy-5

Apakah cara yang lebih baik untuk melawat Jepun selain daripada mencuba budaya makanan di sana?

Kami telah memperkenalkan top 10 Halal restaurants in Tokyo dalam artikel kami sebelum ini dan tianya masa kami mengotakan janji kami; untuk memperkenalkan restoran halal terbaik di Kansai (Osaka, Kyoto, Kobe) untuk anda!

Sudah tiba masanya kami menjadi imaginary tour guide anda *wink* dan membawa anda ke 10 restoran halal terbaik di Kansai, yang dipilih oleh Muslim foodie kami!

1. Torisoba AYAM-YA Kyoto

Bayangkan semangkuk mi, yang direndam dalam sup ayam yang panas dipenuhi hirisan ayam. Yummy! Kami gerenti anda tidak boleh lepaskan restoran yang popular dengan ramen ayam halal mereka. Ianya berada hanya 15 minit dengan berjalan kaki dari stesen JR Kyoto, dan apatah lagi, mereka juga menyediakan ruang solat untuk Muslim. Sangat sesuai untuk mulakan atau tamatkan trip anda  ke Kyoto! Kami mengesyorkan untuk anda mencuba ramen pedas mereka jika anda pencinta makanan pedas 😉

Review di Halal Navi :

"it has a large and comfortable prayer section and can seat our family of 8 easily. Service was fast, so it was a great first stop when we arrived in Kyoto. The chicken ramen was delicious, the broth was surprisingly creamy and flavourful and we couldn't get enough it."

- Najah Nasseri
AlamatMikatakonyacho 2-1-11, Shimogyo Ward, Kyoto, 600-8238 Japan
No telefon075-344-1456
Tip HalalPerakuan sijil Halal oleh Malaysia Halal Corporation

Untuk info lebih lanjut Torisoba AYAM-YA Kyoto

2. Ali's Kitchen

Mencari sesuatu yang panas selepas seharian suntuk kesejukan? Nasi beriyani kambing mereka mengekalkan kehangatan badan anda dengan nasi mereka yang harum bersama kelembutan daging kambing panggang mereka, anda mesti cuba. Mungkin anda tidak mahu berganjak dari tempat duduk anda apabila merasai keunikan dan kesesuaian gabungan rempah ratus dan bahan-bahan yang digunakan, dan semestinya restoran ini akan membuatkan anda akan datang kembali! Jika anda bukan peminat beriyani, mereka juga menyediakan pelbagai jenis makanan arab seperti kebab, falafel dan juga humus.

Review di Halal Navi :

Ainuddin Helmi
AlamatChuo-ku, Shinsaibashi Suji 1-10-12 B1, Osaka, Osaka, 542-0085 Japan
No Telefon06-4708-5745
Tip HalalMakanan vegetarian boleh didapati Menu berlabel halal Pemilik restoran/staf adalah Muslim

Untuk info lebih lanjut Ali's Kitchen

3. Malaysia Boleh, Osaka

Malaysia Boleh

Lapar masakan Malaysia di tengah-tengah kesibukan kota Jepun? Selepas menikmati sushi sepanjang perjalanan anda, mungkin anda sudah rindukan masakan di tanah air dan ya restoran ini menawarkan masakan yang anda cari. Mereka menyediakan masakan Melayu-Thai seperti nasi goreng, kari dan juga pisang goreng!

Review di Halal Navi :

Ainuddin Hilmi
AlamatKita Oyodominami 1-4-20, Osaka, Osaka, 531-0075 Japan
No telefon06-6450-1128
Tip HalalHanya ayam yang Halal Hidangan Halal akan disediakan atas permintaan Makanan laut boleh didapati

Untuk info lebih lanjut Malaysia Boleh

4. Naan Inn, Kobe

Naan Inn Kobe, Sannomiya

Berehat seketika dari kota sushi dan sashimi ini dengan menikmati bufet halal yang terdiri daripada ayam, naan, kambing dan macam-macam lagi! Semua ini ditawarkan di Restoran Naa inn Kobe yang terletak berdekatan dengan Masjid Kobe, jadi anda boleh melawat Masjid tertua di Jepun selepas anda menikmati hidangan Halal anda. Kami cadangkan anda pergi awal untuk makan tengahari pada hari Jumaat kerana mereka mungkin tutup untuk Solat Jumaat.

Review di Halal Navi :

Rudy Norita
AlamatChuo-ku Yamamotodori 3-1-2 Taniguchi building 1F, Kobe, Hyogo, 650-0004 Japan
No Telefon07-8242-8771
Tip HalalMenu berlabel Halal Pemilik restoran/staf adalah Muslim Semua daging adalah halal

Untuk info lebih lanjut Naan Inn Kobe

5. Persian & Indian Halal Arash's Kitchen, Kyoto

Persian & Indian Halal Arash's Kitchen

Jika anda bawa satu kumpulan yang masing-masing mempunyai cita rasa yang berbeza, restoran ini adalah pilihan yang baik. Persian & India Halal Arash's Kitchen menyediakan pelbagai jenis makanan; dari rempah yang kuat hinggalah ke hidangan barat. Kami cadangkan anda untuk mencuba hidangan mereka yang paling laris, Fish and Chip yang datang dengan salad dan kuah salad yang lazat. (Bayangkan Fish and Chips di restoran India? Apa lagi yang lebih menarik dari ini. )

Review di Halal Navi :

Yukimura Sanada
AlamatSun Plaza 4 , Shogoin Sannocho, Sakyo Ward, Kyoto, 〒606-8392 Kyoto, Japan
No Telefon06-6450-1128
Tip HalalHidangan Halal akan disediakan atas permintaan Makanan laut boleh didapati Peralatan dapur khas untuk menu Halal

Untuk info lebih lanjut Persian & Indian Halal Arash's Kitchen

6. Bagus, Osaka

Bagus, Osaka

Sesuai dengan namanya Bagus, kerana restoran ini menyediakan makanan Indonesia yang bagus bagi mereka yang rindukan masakan Indonesia. Mereka menyediakan makan Indonesia seperti Sate, Gado-gado, Soto Ayam dan macam-macam lagi! Dengan pelayan yang sangat peramah, anda akan rasa seperti di rumah. Lebih-lebih lagi restoran ini senang dijumpai dan berhampiran dengan stesen Nakatsu.

Review di Halal Navi :

Audi Diana
AlamatSecond Orient Building 1st floor, 1-9-11 Nakatsu, Kita-ku , Osaka City, Osaka, 531-0071 Japan
No Telefon06-6450-1128
Tip HalalSemua daging adalah Halal Pemilik restoran/staf adalah Muslim Owner/staff are Muslim Halal status disahkan secara lisan dengan staf

Untuk info lebih lanjut Bagus

7. Naritaya Halal Yakiniku, Kyoto

Naritaya Halal Yakiniku

Ketika anda berjalan kaki di Kyoto mungkin anda akan terbau aroma yang sangat lazat beserta bunyi daging yang dipanggang, pasti akan membuatkan anda meleleh air liur, kerana Naritaya Halal Yakiniku menawarkan daging wagyu Halal untuk pelanggannya menikmati kelazatan daging Jepun yang sebenarnya sama ada dimasak sepenuhnya atau separuh masak. Pilihan anda! Trip Kansai anda takkan sempurna jika anda tidak merasai daging yang pasti cair dimulut ini.

Review on Halal Navi :

Najah Nasseri
AlamatRinkacho, 422-2, 1F, Higashiyama-ku, Kyōto, 605-0062 Japan
No Telefon+81 (0)75-531-8200
Tip HalalSemua daging adalah Halal Menu berlabel Halal Peralatan dapur khas digunakan untuk menu Halal

Untuk info lebih lanjut Naritaya Halal Yakiniku

8. Kenny Asia, Osaka

Kenny Asia

Anda mungkin tidak terfikir yang anda akan mendengar lagu Malaysia di celah-celah lorong rumah di Jepun. Anda akan dapat merasai pengalaman ini jika anda ke Kenny Asia kerana mereka gemar memasang lagu Malaysia ketika pelanggan-pelanggan mereka menikmati makanan Malaysia. Dan, anda jua boleh jumpa Nasi Goreng USA disini. (Nasi goreng USA di restoran Malaysia yang terletak di Jepun, so international :p)

Review di Halal Navi :

Audi Diana
AlamatAioi Building 1F, 1-7-25 Sennichimae, Chuo-ku, Osaka, Osaka, 542-0074 Japan
No Telefon06-7165-7011
Tip HalalSemua daging adalah halal Halal status disahkan secara lisan dengan staf

Untuk info lebih lanjut Kenny Asia

9. The U-don

The U-don, Osaka

Restoran U-don ini mempunyai sentuhan tersendiri dalam hidangan udonnya dan kelazatan supnya yang anda boleh temui di lapangan terbang. Mereka juga mempunyai Halal Karaage (ayam goreng jepun). Jika anda rasa dengan udon tidak mencukupi, anda boleh tambah pelbagai jenis tempura malah anda boleh tambah Gyudon, set nasi beserta lauk daging. Anda boleh mulakan atau pun tamatkan trip halal anda disini!

Review di Halal Navi :

Sarah Kamarrudin
Alamat2F, Terminal 1, Kansai International Airport, Izumisano, Osaka, 549-0001 Japan
No Telefon07-2456-6515
Tip HalalPerakuan sijil Halal oleh Malaysian Halal Consultancy & Training Agency

Untuk info lebih lanjut The U-don10. Ramen Honolu Osaka

Ramen Honolu Osaka

Apalagi yang lebih baik dari ramen yang lazat di Osaka. Penduduk tempatan disini juga sudah jatuh cinta dengan Honolu Ramen. Siapa yang tak suka? Kelazatan supnya membuatkan anda akan hirup kesemuanya sebelum rakan anda sempat makan. Sila berhati-hati dengan ramen yang pedas. Hanya untuk mereka yang berani.

Review on Halal Navi :

Amin Mok
AlamatMotomachi, 2-5-27, 1F, Osaka-shi, Naniwa-ku, Osaka, 556-0016 Japan
No telefon06-6710-9604
Tip HalalSemua daging adalah Halal Halal status disahkan secara lisan dengan staf Peralatan dapur khas digunakan untuk menu Halal

Untuk info lebih lanjut Honolu

Jadi, adakah air liur anda meleleh lagi? Kansai semestinya syurga makanan, walaupun untuk muslim kerana anda masih boleh menikmati pelbagai juadah yang halal di sini! Jangan lupa bookmark restoran-restoran tadi dalam aplikasi Halal Navi dalam telefon pintar anda. Moga-moga dengan muat turun aplikasi Halal Navi di bawah dapat memudahkan pencarian restoran halal semasa anda di Osaka, Kyoto dan Kobe!

*Penafian: Tip Halal yang disediakan di artikel ini adalah disumbangkan oleh pengguna Halal Navi yang lain. Anda dinasihatkan untuk mengesahkan semula dengan pemilik restoran untuk apa-apa isu berkaitan.

Tags

Loading Comments