10 Restoran Mesra Muslim Yang Mesti Anda Cuba Di Kansai
Sebagaimana tahun 2017 yang baru bermula, kami percaya mesti anda sudah mula menyediakan senarai aktiviti travel anda untuk tahun ini. Dan semestinya anda sangat teruja untuk pengembaraan seterusnya, kerana kami juga sama seperti anda!
Apakah cara yang lebih baik untuk melawat Jepun selain daripada mencuba budaya makanan di sana?
Kami telah memperkenalkan top 10 Halal restaurants in Tokyo dalam artikel kami sebelum ini dan tianya masa kami mengotakan janji kami; untuk memperkenalkan restoran halal terbaik di Kansai (Osaka, Kyoto, Kobe) untuk anda!
Sudah tiba masanya kami menjadi imaginary tour guide anda *wink* dan membawa anda ke 10 restoran halal terbaik di Kansai, yang dipilih oleh Muslim foodie kami!
1. Torisoba AYAM-YA Kyoto
Bayangkan semangkuk mi, yang direndam dalam sup ayam yang panas dipenuhi hirisan ayam. Yummy! Kami gerenti anda tidak boleh lepaskan restoran yang popular dengan ramen ayam halal mereka. Ianya berada hanya 15 minit dengan berjalan kaki dari stesen JR Kyoto, dan apatah lagi, mereka juga menyediakan ruang solat untuk Muslim. Sangat sesuai untuk mulakan atau tamatkan trip anda ke Kyoto! Kami mengesyorkan untuk anda mencuba ramen pedas mereka jika anda pencinta makanan pedas 😉
Review di Halal Navi :
"it has a large and comfortable prayer section and can seat our family of 8 easily. Service was fast, so it was a great first stop when we arrived in Kyoto. The chicken ramen was delicious, the broth was surprisingly creamy and flavourful and we couldn't get enough it."
- Najah Nasseri
Alamat | Mikatakonyacho 2-1-11, Shimogyo Ward, Kyoto, 600-8238 Japan |
No telefon | 075-344-1456 |
Tip Halal | Perakuan sijil Halal oleh Malaysia Halal Corporation |
Untuk info lebih lanjut Torisoba AYAM-YA Kyoto
2. Ali's Kitchen
Mencari sesuatu yang panas selepas seharian suntuk kesejukan? Nasi beriyani kambing mereka mengekalkan kehangatan badan anda dengan nasi mereka yang harum bersama kelembutan daging kambing panggang mereka, anda mesti cuba. Mungkin anda tidak mahu berganjak dari tempat duduk anda apabila merasai keunikan dan kesesuaian gabungan rempah ratus dan bahan-bahan yang digunakan, dan semestinya restoran ini akan membuatkan anda akan datang kembali! Jika anda bukan peminat beriyani, mereka juga menyediakan pelbagai jenis makanan arab seperti kebab, falafel dan juga humus.
Review di Halal Navi :
Ainuddin Helmi
Alamat | Chuo-ku, Shinsaibashi Suji 1-10-12 B1, Osaka, Osaka, 542-0085 Japan |
No Telefon | 06-4708-5745 |
Tip Halal | Makanan vegetarian boleh didapati Menu berlabel halal Pemilik restoran/staf adalah Muslim |
Untuk info lebih lanjut Ali's Kitchen
3. Malaysia Boleh, Osaka
Lapar masakan Malaysia di tengah-tengah kesibukan kota Jepun? Selepas menikmati sushi sepanjang perjalanan anda, mungkin anda sudah rindukan masakan di tanah air dan ya restoran ini menawarkan masakan yang anda cari. Mereka menyediakan masakan Melayu-Thai seperti nasi goreng, kari dan juga pisang goreng!
Review di Halal Navi :
Ainuddin Hilmi
Alamat | Kita Oyodominami 1-4-20, Osaka, Osaka, 531-0075 Japan |
No telefon | 06-6450-1128 |
Tip Halal | Hanya ayam yang Halal Hidangan Halal akan disediakan atas permintaan Makanan laut boleh didapati |
Untuk info lebih lanjut Malaysia Boleh
4. Naan Inn, Kobe
Berehat seketika dari kota sushi dan sashimi ini dengan menikmati bufet halal yang terdiri daripada ayam, naan, kambing dan macam-macam lagi! Semua ini ditawarkan di Restoran Naa inn Kobe yang terletak berdekatan dengan Masjid Kobe, jadi anda boleh melawat Masjid tertua di Jepun selepas anda menikmati hidangan Halal anda. Kami cadangkan anda pergi awal untuk makan tengahari pada hari Jumaat kerana mereka mungkin tutup untuk Solat Jumaat.
Review di Halal Navi :
Rudy Norita
Alamat | Chuo-ku Yamamotodori 3-1-2 Taniguchi building 1F, Kobe, Hyogo, 650-0004 Japan |
No Telefon | 07-8242-8771 |
Tip Halal | Menu berlabel Halal Pemilik restoran/staf adalah Muslim Semua daging adalah halal |
Untuk info lebih lanjut Naan Inn Kobe
5. Persian & Indian Halal Arash's Kitchen, Kyoto
Jika anda bawa satu kumpulan yang masing-masing mempunyai cita rasa yang berbeza, restoran ini adalah pilihan yang baik. Persian & India Halal Arash's Kitchen menyediakan pelbagai jenis makanan; dari rempah yang kuat hinggalah ke hidangan barat. Kami cadangkan anda untuk mencuba hidangan mereka yang paling laris, Fish and Chip yang datang dengan salad dan kuah salad yang lazat. (Bayangkan Fish and Chips di restoran India? Apa lagi yang lebih menarik dari ini. )
Review di Halal Navi :
Yukimura Sanada
Alamat | Sun Plaza 4 , Shogoin Sannocho, Sakyo Ward, Kyoto, 〒606-8392 Kyoto, Japan |
No Telefon | 06-6450-1128 |
Tip Halal | Hidangan Halal akan disediakan atas permintaan Makanan laut boleh didapati Peralatan dapur khas untuk menu Halal |
Untuk info lebih lanjut Persian & Indian Halal Arash's Kitchen
6. Bagus, Osaka
Sesuai dengan namanya Bagus, kerana restoran ini menyediakan makanan Indonesia yang bagus bagi mereka yang rindukan masakan Indonesia. Mereka menyediakan makan Indonesia seperti Sate, Gado-gado, Soto Ayam dan macam-macam lagi! Dengan pelayan yang sangat peramah, anda akan rasa seperti di rumah. Lebih-lebih lagi restoran ini senang dijumpai dan berhampiran dengan stesen Nakatsu.
Review di Halal Navi :
Audi Diana
Alamat | Second Orient Building 1st floor, 1-9-11 Nakatsu, Kita-ku , Osaka City, Osaka, 531-0071 Japan |
No Telefon | 06-6450-1128 |
Tip Halal | Semua daging adalah Halal Pemilik restoran/staf adalah Muslim Owner/staff are Muslim Halal status disahkan secara lisan dengan staf |
Untuk info lebih lanjut Bagus
7. Naritaya Halal Yakiniku, Kyoto
Ketika anda berjalan kaki di Kyoto mungkin anda akan terbau aroma yang sangat lazat beserta bunyi daging yang dipanggang, pasti akan membuatkan anda meleleh air liur, kerana Naritaya Halal Yakiniku menawarkan daging wagyu Halal untuk pelanggannya menikmati kelazatan daging Jepun yang sebenarnya sama ada dimasak sepenuhnya atau separuh masak. Pilihan anda! Trip Kansai anda takkan sempurna jika anda tidak merasai daging yang pasti cair dimulut ini.
Review on Halal Navi :
Najah Nasseri
Alamat | Rinkacho, 422-2, 1F, Higashiyama-ku, Kyōto, 605-0062 Japan |
No Telefon | +81 (0)75-531-8200 |
Tip Halal | Semua daging adalah Halal Menu berlabel Halal Peralatan dapur khas digunakan untuk menu Halal |
Untuk info lebih lanjut Naritaya Halal Yakiniku
8. Kenny Asia, Osaka
Anda mungkin tidak terfikir yang anda akan mendengar lagu Malaysia di celah-celah lorong rumah di Jepun. Anda akan dapat merasai pengalaman ini jika anda ke Kenny Asia kerana mereka gemar memasang lagu Malaysia ketika pelanggan-pelanggan mereka menikmati makanan Malaysia. Dan, anda jua boleh jumpa Nasi Goreng USA disini. (Nasi goreng USA di restoran Malaysia yang terletak di Jepun, so international :p)
Review di Halal Navi :
Audi Diana
Alamat | Aioi Building 1F, 1-7-25 Sennichimae, Chuo-ku, Osaka, Osaka, 542-0074 Japan |
No Telefon | 06-7165-7011 |
Tip Halal | Semua daging adalah halal Halal status disahkan secara lisan dengan staf |
Untuk info lebih lanjut Kenny Asia
9. The U-don
Restoran U-don ini mempunyai sentuhan tersendiri dalam hidangan udonnya dan kelazatan supnya yang anda boleh temui di lapangan terbang. Mereka juga mempunyai Halal Karaage (ayam goreng jepun). Jika anda rasa dengan udon tidak mencukupi, anda boleh tambah pelbagai jenis tempura malah anda boleh tambah Gyudon, set nasi beserta lauk daging. Anda boleh mulakan atau pun tamatkan trip halal anda disini!
Review di Halal Navi :
Sarah Kamarrudin
Alamat | 2F, Terminal 1, Kansai International Airport, Izumisano, Osaka, 549-0001 Japan |
No Telefon | 07-2456-6515 |
Tip Halal | Perakuan sijil Halal oleh Malaysian Halal Consultancy & Training Agency |
Untuk info lebih lanjut The U-don10. Ramen Honolu Osaka
Apalagi yang lebih baik dari ramen yang lazat di Osaka. Penduduk tempatan disini juga sudah jatuh cinta dengan Honolu Ramen. Siapa yang tak suka? Kelazatan supnya membuatkan anda akan hirup kesemuanya sebelum rakan anda sempat makan. Sila berhati-hati dengan ramen yang pedas. Hanya untuk mereka yang berani.
Review on Halal Navi :
Amin Mok
Alamat | Motomachi, 2-5-27, 1F, Osaka-shi, Naniwa-ku, Osaka, 556-0016 Japan |
No telefon | 06-6710-9604 |
Tip Halal | Semua daging adalah Halal Halal status disahkan secara lisan dengan staf Peralatan dapur khas digunakan untuk menu Halal |
Untuk info lebih lanjut Honolu
Jadi, adakah air liur anda meleleh lagi? Kansai semestinya syurga makanan, walaupun untuk muslim kerana anda masih boleh menikmati pelbagai juadah yang halal di sini! Jangan lupa bookmark restoran-restoran tadi dalam aplikasi Halal Navi dalam telefon pintar anda. Moga-moga dengan muat turun aplikasi Halal Navi di bawah dapat memudahkan pencarian restoran halal semasa anda di Osaka, Kyoto dan Kobe!
*Penafian: Tip Halal yang disediakan di artikel ini adalah disumbangkan oleh pengguna Halal Navi yang lain. Anda dinasihatkan untuk mengesahkan semula dengan pemilik restoran untuk apa-apa isu berkaitan.