Senarai Masjid dan Mushalla Di Tokyo

Dec 21, 2016

Melancong ke negara minoriti Muslim memang sangat mencabar terutamanya jika kita nak solat tapi kita berada jauh dari hotel. Jangan risau sebab bilangan Masjid dan Mushalla semakin bertambah seiring dengan peningkatan pelancong Muslim ke Jepun saban tahun. Nah, disini kami senaraikan 10 Masjid dan Mushalla yang anda boleh kunjungi semasa percutian anda di Jepun. Tempat-tempat ini kebiasaannya mudah diakses dengan kenderaan awam bahkan ada yang berdekatan dengan tempat pelancongan.

Tokyo Camii Halal Navi

Credit picture: http://www.realestate-tokyo.com/

Tokyo Camii adalah masjid yang terbesar dan tertua di Tokyo. Ianya dibina oleh komuniti Turki yang berhijrah dari Rusia pada tahun 1938. Walaubagaimanapun, bangunan ini telah dibina semula pada tahun 1986 dan siap pada tahun 2000 kerana berlaku kerosakan pada struktur bangunannya.  Bukan sahaja untuk solat, anda boleh mengunjungi perpustakaan Islam, mencuba makanan Turki malah membeli buah tangan Turki dari masjid ini. Mereka juga mengadakan program dakwah untuk memperkenalkan Islam kepada non-Muslim pada setiap hujung minggu.

Informasi

Kapasiti : 1200 Parkir : Ada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-5790-0760 Untuk info lebih lanjut Tokyo Camii Mosque

Arabic Islamic Institute Halal Navi

Credit picture: https://iman-fauzi.blogspot.my/

Masjid The Arabic Islamic Institute atau juga dikenali sebagai Masjid Hiroo dibina pada tahun 1982 oleh kerajaan Arab Saudi untuk membantu perkembangan Islam di Jepun. Sebagai salah satu institut Islam, mereka menawarkan kelas bahasa Arab bagi sesiapa yang berminat. Selain itu, mereka juga mempunyai perpustakaan, mini muzium dan juga bilik AV(audio-visual). Masjid ini berada berdekatan dengan Roponggi Hills, salah satu daya tarikan di Tokyo.  Tips dari kami, jika anda dalam perjalanan ke masjid, Kedutaan China di sebelah kiri anda, teruskan perjalanan anda sehingga  ke persimpangan yang pertama. Kemudian belok kiri  dan masjid menanti anda di penghujung jalan ini.

Informasi

Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-3404-6622 Untuk info lebih lanjut  Arabic Islamic Institute

Darul Arqam Halal Navi

Credit picture: http://www.trouvetamosquee.fr/

Masjid Darul Arqam berada berdekatan dengan stesen Asakusa. Masjid ini popular di kalangan penduduk tempatan kerana di sini mereka mengadakan solat terawih, ceramah mingguan, majlis akad nikah, solat jenazah dan memandikan mayat. Ada juga staf yang boleh berbahasa Urdu, bahasa Jepun, bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia di sini jika anda perlukan apa-apa bantuan.

Informasi

Parkir : Ada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-3871-6061 Untuk info lebih lanjut Darul Arqam Masjid

Assalam Masjid Halal Navi

Credit picture: https://www.beautifulmosque.com/

Masjid ini berada di bawah Yayasan Assalam, sebuah organisasi non-profit yang banyak menjalankan dakwah kepada orang tempatan dan mendirikan masjid untuk tempat berkumpulnya umat Islam di Jepun. Mereka mempunyai pusat komuniti di tingkat satu dan ruang solat di tingkat dua. Mereka juga menyediakan pendidikan dan sistem sokongan kepada saudara Islam yang baru dan orang-orang yang berminat untuk memeluk Islam , mengadakan kelas dan kuliah Islam dan juga membantu dalam proses pengebumian Muslim.

Informasi

Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Telefon : 050-3644-1045 Untuk info lebih lanjut Assalam Masjid

Otsuka Masjid Halal Navi

Credit picture: http://travelience.com/

Masjid Otsuka dibina pada tahun 1999 hasil sumbangan daripada Muslim tempatan dan luar negara. Salah seorang penyumbang utamanya adalah dari Putera  Sultan bin Abdul Aziz (Kerajaan Arab Saudi) dan Rabitah Alam Islami (Mekah Al-Mukarramah). Masjid ini mempunyai Sekolah Islam Antarabangsanya sendiri, kaunseling keluarga, program bantuan untuk pelarian, pengurusan permohonan pensijilan halal dan banyak lagi. Mungkin anda kurang familiar dengan Otsuka tapi sebenarnya ianya hanyalah di sebelah bandar Ikebukuro.

Informasi

Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-3971-5631 Untuk info lebih lanjut Otsuka Masjid

Shinokubo Mushalla Halal Navi

Credit picture: https://iman-fauzi.blogspot.my/

Mushalla Shinokubo ini terletak di tingkat 4 sebuah bangunan di daerah Shinokubo. Walaupun ruang solatnya tidak seberapa besar, tapi fasiliti agak selesa dan bersih. Mushalla ini juga mengadakan kuliah Islam mingguan pada setiap malam Khamis. Mushalla Shinokubo terletak di kawasan foreigner dan dikelilingi oleh banyak restoran halal yang anda boleh kunjungi selepas solat. Sekiranya anda seorang Kpoper, mungkin anda berminat untuk ke sini kerana ianya terletak berdekatan dengan Korean Town.

Informasi

Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Untuk info lebih lanjut Shinokubo Mushalla

Makki Masjid Halal Navi

Credit picture: http://www.triponhalal.com/

Disebabkan Masjid Makki terletak berdekatan dengan stesen Ohanajaya, masjid ini dipanggil sebagai Masjid Ohanajaya. Masjid ini juga dikenali sebagai Markaz Jemaah Tabligh di Tokyo. Masjid yang dibina pada 2001 ini sering mengadakan aktiviti untuk Muslim tempatan. Antaranya ialah kelas Al-Quran untuk kanak-kanak, ceramah mingguan, solat Terawih pada bulan Ramadhan dan juga konsultansi tentang Islam.

Informasi

Parkir : Ada Solat Jumaat : Ada Telefon : 03-5670-7426 Untuk info lebih lanjut Makki Masjid

Al-Tawheed Masjid Halal Navi

Credit picture: http://www.islamicentre.org/

Masjid Al-Tawheed ini terletak di pinggir kota Tokyo, bukan di tengah Tokyo. Hanya 10 Km dari Gunung Takao. Jika anda seorang yang gemarkan aktiviti lasak seperti hiking, mungkin anda familiar dengan masjid ini. Masjid ini mempunyai perpustakaan dan ruang kelasnya sendiri untuk aktiviti kuliah-kuliah mereka.

Informasi

Kapasiti : 200 Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Telefon : 0426-28-9060 Untuk info lebih lanjut Altawheed Masjid

Kamata Masjid Halal Navi

Credit picture: http://kamatamasjid.com/

Sekiranya anda dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Haneda, anda boleh kunjungi Masjid Kamata. Hanya terletak 10 km daripada Lapangan Terbang Haneda. Masjid ini mempunyai 3 tingkat dimana tingkat satu untuk ruang solat Muslimin manakala tingkat dua untuk ruang solat Muslimah. Pada asalnya masjid ini hanyalah sebuah mushalla tetapi telah dinaik-taraf untuk menampung lebih ramai orang. Mereka mempunyai staf yang boleh berbahasa Melayu, Bahasa Urdu, Bahasa Inggeris, Bahasa Bangladesh dan semestinya Bahasa Jepun sekiranya anda perlukan apa-apa bantuan.

Informasi

Parkir : Tiada Solat Jumaat : Ada Untuk info lebih lanjut Kamata Masjid

Shibuya Mushalla Halal Navi

Credit picture:

Mushalla Shibuya terletak di bangunan Noa Dogenzaka, di tingkat 11 bilik 7. Hanya 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen Shibuya. Jika anda telah tiba di bangunan ini, anda boleh gunakan lift untuk terus ke tingkat 11 dan belok ke kanan untuk ke mushalla.

Informasi

Kapasiti : 15 Parkir : Tiada Solat Jumaat : Tiada Untuk info lebih lanjut Shibuya Mushalla

NameAddresssNearby Station
TOKYO CAMII Masjid1-19 Oyama, Shibuya, TokyoYoyogi Uehara
ARABIC ISLAMIC INSTITUTE3-4-18 Moto-Azabu, Minato, TokyoAzabu-juban
DARUL ARQAM MASJID1-9-12 Higashi Asakusa, Taito, TokyoAsakusa
ASSALAM MASJIDAssalam Building, 4-6-7 Taito, TokyoNaka Okachimachi
OTSUKA MASJID3-42-7 Minami Otsuka ToshimaOtsuka
SHINOKUBO MUSHALLA2-10 Hyakunincho, Shinjukuku, TokyoShinokubo
MAKKI MASJID5-22-14 Yotsugi, Katsuhika, TokyoOhanajaya
AL-TAWHEED MASJID36-6, Hiraokacho, Hachioji, TokyoNishi-hachioji
KAMATA MASJID5-1-2 Kamata, Ota,TokyoKamata
SHIBUYA MUSHALLA2-15-1, Dōgenzaka, Shibuya, TokyoShibuya
BALAI INDONESIA MUSHALLA4-6-6 Meguro, Meguro, TokyoMeguro
OJIMA  MUSHALLAŌjima, 5 Chome−8, Kōtō-ku, TokyoSumiyoshi
MANEKINEKO YOTSUYA- SANCHOME PRAYER ROOMSamonchō, 3−1, Shinjuku-ku, TokyoYotsuya Sanchome
LAOX GINZA EXITMELSA PRAYER ROOMEXITMELSA 5 & 6 Floor 5-7-10, Ginza, Chuo-ku, TokyoGinza
SEKAI CAFE OSHIAGE PRAYER ROOMNarihira, 2−16 -8, Sumida-ku, TokyoTokyo Skytree
SHITAMACHI SHOKUDOU IPPIN PRAYER ROOMNishiasakusa, 3−16−11, Taitō-ku, TokyoNihombashi
NARITAYA PRAYER ROOM2-7-13, Asakusa, Taito-ku, TokyoAsakusa
HANEDA AIRPORT MUSHALLA3rd Floor, International Departure Area, Haneda Airport, Ota, TokyoHaneda-Airport
LAOX AKIHABARA PRAYER ROOM7th Floor, 1-2-9 Sotokanda, Chiyoda, TokyoNihombashi
LAOX  SHINJUKU PRAYER ROOMKyodo Bldg, 6th Floor, 3-1-20 Shinjuku, Shinjuku, TokyoShinjuku
TOKYO BIG SIGHT PRAYER SPACE3-11-1 Ariake, Koto, TokyoAriake
TAKASHIMAYA SHINJUKU PRAYER ROOM11th Floor, 5-24-2, Sendagaya, Shibuya, TokyoSendagaya
TAKASHIMAYA DEPT. STORE MUSHALLA11th Floor, 5-24-2 Sendagaya, ShibuyaShinsen-Shinjuku
TOKYO CHINESE MUSLIM RESTAURANT MUSHALLA2-18-6 Kotobashi, Sumida, TokyoKinsicho
MANHATTAN FISH MARKET IKEBUKURO PRAYER SPACE1-4-2, Higashiikebukuro, Toshima, TokyoIkebukuro

Sekarang anda tidak perlu lagi risau untuk mencari ruang untuk solat di Jepun #Alhamdulillah. Masih mencari Masjid atau ruang solat yang berhampiran dengan anda? Jangan lupa muat turun aplikasi Halal Navi untuk jadi personal guide anda. Anda boleh dapatkan detail Masjid, navigasi ke lokasi masjid dan senarai restoran halal berdekatan dengan Masjid melalui aplikasi ini.

Tags

Loading Comments