Monyet Mandi Dalam Onsen di Taman Monyet Jigokudani

Jangan rasa pelik pulak kalau anda nampak monyet mandi dalam onsen (mata air semulajadi). Sebab apa? Monyet-monyet comel ni lah yang boleh releasekan stress dan tekanan hidup. Comel sangat dan mesti lah seronok dapat melihat monyet-monyet comel ni bermandi-manda dan berinteraksi dengan monyet lain sama macam manusia.

Di Jigokudani Yaen Koen (a.k.a Taman Monyet Jigokudani) terletak di Yamanouchi, tidak jauh daripada bandar-bandar onsen Shibu dan Yudanaka, taman ini merupakan satu-satunya tempat yang di mana monyet-monyet comel ni dapat relax-relax , berendam dalam onsen.

https_%2f%2fblogs-images-forbes-com%2fjimdobson%2ffiles%2f2019%2f01%2fmain2

Sumber: Jim Dobson

Sumber: ENZA Cafe

Sebelum menuju ke Taman Monyet Jigokudani, kalau lapar – anda boleh singgah di ENZA Cafe (猿 座 カ フ ェ) terletak di pintu masuk taman itu sendiri, jangan risau restoran ini menghidangkan menu vegetarian dan tiada unsur daging tidak Halal.

Waktu operasi        9.30am – 5.00pm setiap hari

Alamat                     1421-1 Hirao, Yamanochi, Shimotakai District, Nagano 381-0401

Telefon                    +81 269-38-1736

Website                    ENZA CAFE

***

Muat turun Halal Navi untuk maklumat lanjut semasa bercuti!

googleplaystore appstore

Eat • Pray • Connect

Comments


Follow us on Instagram