Jurassic Pork - Istilah Berkaitan Khinzir Yang Perlu Anda Tahu!
Sebagai seorang Muslim, khinzir dan apa jua yang berasal daripadanya adalah diharamkan ke atas kita. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai nama yang berkaitan dengan khinzir dan banyak produk yang berasal daripadanya. Agak sukar untuk kita mengenalpasti hidangan atau produk yang berasal dari sumber khinzir jika kita tidak familiar dengan nama-nama tersebut. Disini kami senaraikan istilah-istilah daging khinzir yang anda perlu tahu dan ingat. Jadikan rujukan semasa anda ingin membeli produk makanan selepas ini!
1. Bacon (ベーコン)
Mungkin nama ini yang paling anda familiar. Bacon merupakan daging khinzir yang disalai dan diasap. Ini bermakna Bacon sebenarnya tidak dimasak sepenuhnya semasa disalai dan kekal mentah. Bacon boleh ditemui dengan mudah dalam pelbagai jenis makanan dan dijual di kedai-kedai runcit.
Photo credit to Good Housekeeping
2. Ham(ハム)
Ham mudah ditemui di pasaraya. Ia merupakan potongan dari peha khinzir dan diawet dengan cara digaram, diasap dan disalai. Kebiasaannya ham adalah dalam bentuk kepingan dan diletakkan di dalam sandwich atau sebagai topping untuk pizza.
Photo credit to The Columbus Dispatch
3. Gammon(ギャモン)
Gammon merupakan daging kaki khinzir yang disalai, kebiasaannya dijual dengan tulang atau tanpa tulang. Bergantung kepada pembekalnya, adakalanya ianya diasap. Anda mungkin akan nampak gammon dijual di kedai runcit sebagai steak. Ada juga pelanggan membeli gammon untuk menyalainya untuk dijadikan ham.
Photo credit to Bob the Butcher
4. Lardon(ラードン)
Lardon adalah lemak khinzir dalam bentuk kiub. Kebiasaannya Lardon disediakan daripada perut khinzir, lemak bahagian belakang ataupun daripada produk yang telah disalai seperti bacon. Kebiasaannya diletakkan di dalam masakan semasa mula memasak untuk menaikkan rasa masakan dan kerak kiub adakalanya diletakkan sebagai hiasan masakan.
Photo credit to wiseGEEK
5. Gelatin (ゼラチン)
Gelatin boleh diperolehi dari kolagen binatang termasuklah khinzir. Ianya digunakan sebagai bahan pembuat jel di dalam makanan dan ubat-ubatan. Anda boleh menjumpai gelatin dengan mudah di dalam pencuci mulut, marshmallow, yogurt, marjerin, gula-gula, jeli dan macam-macam lagi. Oleh itu, sila periksa isi kandungan produk yang anda ingin beli terutamanya yang tidak mempunyai sijil halal.
Photo credit to iherb
6. Salami(サラミ)
Salami adalah sosej salai yang berasal dari daging yang telah diawet. Jika tidak dinyatakan halal atau kosher, kebiasaannya Salami diperbuat daripada khinzir. Proses pengawetan mengambil masa sehari dan adakalanya ianya diawet di dalam sarung yang boleh dimakan untuk meningkatkan kualiti proses pengawetan.
Photo credit to Healthyrise
7. Pepperoni (ペパロニ)
Pepperoni merupakan Salami versi Amerika. Sama seperti Salami, kebiasaannya diperbuat dari daging khinzir dan daging lembu yang dikisar bersama. Selalunya pepperoni digunakan sebagai topping pizza.
Photo credit to Golden Age Cheese
8. Lard(ラード)
Lard merujuk kepada lemak yang diperoleh daripada mana-mana bahagian khinzir. Kebiasaannya digunakan dalam masakan sebagai minyak masakan atau shortening. Juga digunakan untuk sapuan roti seperti mentega.
Photo credit to Dave's Cupboard
9. Guanciale(グアンチャーレ)
Guanciale merupakan sejenis Salami Itali yang diperbuat daripada pipi khinzir. Daging disapu dengan garam, gula dan perasa lain lalu diawet untuk beberapa minggu. Kebiasaannya dipotong untuk terus dimakan tapi ada juga digunakan sebagai pes makanan.
Photo credit to CIBO
10. Porcine(豚由来)
Porcine merupakan istilah yang digunakan dalam perubatan yang merujuk kepada apa-apa bahan yang berunsurkan khinzir. Digunakan secara meluas dalam ubat-ubatan.
Photo credit to Cornell University
11. Pancetta(パンチェッタ)
Pancetta merupakan Bacon Itali yang diperbuat daripada perut khinzir yang telah diawet dan disalai. Kebiasaanya dihidang secara mentah atau dimasak dalam bentuk kiub.
Photo credit to Fine Cooking
12. Proscuitto(プロシュット)
Prosciutto adalah ham salai kering yang biasanya dihidangkan dalm kepingan halus dan mentah. Digunakan untuk membalut makanan seperti Grissini, diletakkan di dalam pasta, topping pizza dan macam-macam lagi.
Photo credit to italianicious
13. Pettitoes(豚足)
Pettitoes adalah kaki khinzir. Bulu kaki akan dibersihkan sebelum dijual. Digunakan sebagai stok dan kuah sup. Adakalanya dihidangkan sebagai potongan daging dan dimakan bersama nasi atau dimasukkan di dalam sup.
Photo credit to Dreamstime
14. Mortadella(モルタデッラ)
Mortadella adalah sosej gergasi yang diperbuat daripada daging khinzir salai. Mempunyai kandungan lemak khinzir yang banyak dan adakalanya dikisar bersama kacang pistachios dan zaitun. Kebiasaannya dimasukkan di dalam sandwich atau dimakan dalam kepingan halus.
Photo credit to Buonissimo
15. Bologna(ボローニャソーセージ)
Salah satu jenis sosej daripada mortadella. Jika tidak dinyatakan halal atau kosher, biasanya daripada daging khinzir. Diperbuat daripada campuran daging khinzir dan lard.
Photo credit to Belmont
16. Chorizo(チョリソ)
Chorizo adalah sosej yang diawet, disalai dan diasap sehingga kering. Ia mengandungi lada merah atau cili yang menghasilkan warna merahnya. Selalunya dimakan bersama sandwich atau sebagai ganti daging cincang.
Photo credit to Marulan
17. Fuet(フエット)
Fuet merupakan sejenis sosej yang diperbuat daripada lemak dan daging khinzir bersama garam dan rempah lain. Diameternya lebih kecil berbanding sosej normal dan sarung sosejnya berwarna putih hasil dari proses pembuatannya. Warna putihnya membezakan Fuet dengan sosej yang lain.
Photo credit to Vegajardin
18. Rousong(肉松)
Rousong adalah daging khinzir kering yang berasal dari China. Digunakan sebagai perasa atau topping hidangan lain. Versi yang halal diperbuat daripada daging lembu sangat popular di Malaysia atau Indonesia dan dikenali sebagai Serunding atau Abon. Jangan keliru ya!
Photo credit to Serious Eat
19. Pate(パテ)
Pate adalah campuran daging, lemak, sayur-sayuran dan herba-herba yang dijadikan pes. Dihasilkan daripada pelbagai jenis daging lembu, ayam khinzir dan ikan. Sila berhati-hati apabila anda terjumpa makanan ini. Kebiasaannya disapu bersama-sama roti atau dibakar.
Photo credit to Ballancourt
20. Rillettes(リエット)
Rilletes adalah pes sama seperti Pate, tetapi teksturnya lebih lembut. Biasanya daripada daging khinzir yang dimasak perlahan-lahan, dicincang dan disejukkan bersama-sama lemak. Selalunya disapu dengan roti atau dibakar sama seperti Pate.
Photo credit to Waitrose
Kami harap dengan mengenali istilah-istilah berkaitan dengan khinzir dan produknya ini, kita lebih berhati-hati dalam membeli produk yang tidak mempunyai sijil halal. Walaubagaimanapun, jika anda masih lagi tidak yakin untuk mencari makanan halal, muat turun aplikasi Halal Navi di smartphone anda. Anda boleh tengok halal tips daripada pengguna lain dan periksa status halal restoran yang anda ingin kunjungi 🙂