Taman Tema Di Jepun Yang Anda Tak Boleh Lepaskan

Jan 16, 2017

Adakah anda bersedia untuk hanyut dalam keseronokan taman tema di Jepun? Jika YA, anda berada di tempat yang betul kerana artikel ini akan membawa anda menyelami keistimewaan satu per satu taman tema di Jepun. Lupakan kesibukan anda sebentar dan enjoy 17 taman tema yang boleh anda pergi di negara matahari terbit ini.

Taman Tema Mesra Muslim

1. Tokyo Disneyland, Chiba

Tokyo Disney Resort, Japan. Thursday August 12th, 2010

Photo credit to http://www.charactercentral.net/

Bagi peminat Disney, disinilah tempatnya mimpi anda menjadi kenyataan. Kesemua istana yang anda lihat dalam movie Disney ada betul-betul di depan mata anda, dan anda pasti akan terpukau dengan keunikan Tokyo Disneyland yang dipisahkan kepada 7 area; World Bazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland dan Tomorrowland; dan 2 pulau kecil: Critter Country dan Toontown. Anda akan rasa macam tak cukup masa untuk buat semua benda dalam kawasan bersaiz 115 ekar ini, ditemani dengan karakter Disney di setiap sudut taman tema ini. Bahkan ada penduduk tempatan yang mengunjungi taman tema ini siap dengan kostum kartun Disney yang akan membuatkan anda hanyut dalam dunia fantasi.

Informasi

Masa OperasiTidak tetap, cek di sini
Harga¥4,800 - ¥7,400 (untuk satu hari)
Alamat1-1 Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture 279-0031, Japan (6 berjalan kaki dari stesen Maihama)
Tips MuslimSila bertanya dengan staff jika anda ingin menggunakan ruang solat
Website Disneyland Tokyo

2. Tokyo Disneysea, Chiba

z-8

Photo credit to https://matome.naver.jp

Anda wajib ke Tokyo DisneySea jika anda peminat sejati Disney kerana Tokyo DisneySea adalah satu-satunya taman tema Disney dengan tema air! Keajaiban DisneySea akan membuatkan anda lupa yang anda berada di Tokyo. Bahkan anda bagaikan berada di dalam dunia fantasi yang dipenuhi imaginasi  seperti cermin air magis, naga yang mengeluarkan api dan pari-pari yang menari di dalam pertunjukan Disneysea. Bagi sesiapa yang mahukan cabaran, kami cabar anda untuk mencuba Tower of Terror dan bersedialah untuk merasai pengalaman berada di dalam lif yang jatuh secara tiba-tiba.

Informasi

Masa OperasiTidak tetap, cek di sini
Harga¥4,800 - ¥7,400 (untuk satu hari)
Alamat1-13 Maihama, Urayasu, Chiba Prefecture 279-0031, Japan (10 minit berjalan kaki dari Disney Resort Line)
Tips MuslimSila bertanya dengan staff jika anda ingin menggunakan ruang solat
WebsiteTokyo Disneysea

3. Universals Studio Japan, Osaka

140716132603-5-harry-potter-osaka-horizontal-large-gallery

Photo credit to https://www.kyodo.co.jp/

Peminat Harry potters? Nak tahu perasaan menjadi ahli sihir dalam satu hari? Jom ke dunia magis di Universal Studio Japan yang membolehkan anda mengembara ke dalam The Wizard World of Harry Potter, taman tema yang paling menyerlah disini. Untuk perhatian, banyak lagi tempat popular dengan pelbagai tema termasuklah: New York, Hollywood, San Francisco dan juga Jurassic Park. Dapatkan baju hujan anda dan bersedia untuk basah dalam Jurassic Park-The Ride.

Informasi

Masa OperasiTidak tetap, cek di sini
Harga¥4,980 - ¥7,400 (for one day entry)
Alamat2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, Osaka Prefecture 554-0031, Japan (5 minutes walk from Universal City Station)
Tips MuslimRed Lobster Universal City Osaka merupakan restoran Mesra Muslim yang paling dekat dengan taman tema.
WebsiteUniversal Studios Japan

4. Tobu World Square, Tochigi

untitled

Photo credit to http://kaolutrip.seesaa.net/ Rasa ingin menjelajah ke seluruh dunia? Mustahil? Tiada yang mustahil dengan keunikan Tobu World Square yang membawa anda ke 102 bangunan terkenal di dunia dalam skala 1/25, termasuklah 45 tapak warisan dunia. Extra bonus kepada pengunjung yang sukakan sejarah dan seni bina kerana disini pasti anda kagum dengan struktur yang di bina dengan tangan manusia. Disinilah anda boleh lihat piramid giza, Kota terlarang Beijing bahkan Menara Eiffel dalam satu kawasan! Informasi

Masa OperasiRegular : 9.30 am–5pm Musim sejuk (Dis 1 - Mac 19) : 9 am - 4 pm
Harga¥1,400 - ¥2,800 (untuk satu hari)
Alamat209-1 Kinugawaonsen Ohara, Nikko, Tochigi Prefecture 321-2593, Japan (13 minit perjalanan dari Tobu-Kinugawa Line)
Tips MuslimHeian Restaurant (Ada menu non-pork & non alcohol) Ruang solat dan tempat wudhu disediakan.
WebsiteTobu World Square

5. Huis Ten Bosch, Nagasaki

z-17

Photo credit to http://visit-nagasaki.com/

Huis Ten Bosch bermaksud "Rumah di dalam hutan" dalam bahasa melayu. Merupakan taman tema yang diilhamkan dari keindahan kota lama Belanda, yang boleh dilihat melalui kincir angin, terusan air, seni bina bangunan ikonik Belanda, dikelilingi dengan susunan bunga yang kembang mekar. Jangan lupa untuk menaiki White Ferris Wheel dan menikmati keindahan landscape dari atas. Jika tiada orang jepun berdekatan, mungkin anda boleh lupa yang anda masih di Jepun. Setiap bulan tempat ini akan menyediakan event yang berbeza-beza, oleh itu sila cek jadual dalam laman web mereka sebelum anda ke sana.

Informasi

Masa OperasiHari bekerja - 10am–10pm Hujung minggu & hari cuti : 9am-10pm
Harga¥4,300 - ¥6,700(untuk satu hari)
Alamat1-1 Huis Ten Bosch Machi, Sasebo, Nagasaki Prefecture 859-3292, Japan (20 minit berjalan kaki stesen Huis Ten Bosch)
Tips MuslimSila bertanya dengan staff jika anda ingin menggunakan ruang solat
WebsiteHuis Ten Bosch 

6. Toei Eigamura, Kyoto

z-2

Photo credit to https://allabout-japan.com

Adakah peminat drama sejarah Jepun? Disinilah anda boleh merasai pengalaman berada dalam set sebenar yang digunakan dalam Jdrama.  Taman tema ini akan membuatkan anda rasa seperti berada zaman Edo. Enjoy masa anda di sini dengan mengenakan busana tradisional kimono (diskaun separuh harga jika anda memakai kimono) Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan terserempak dengan pelakon terkenal semasa berjalan-jalan dalam taman tema ini!

Informasi

Masa OperasiTidak tetap, cek di sini
Harga¥2,200
Alamat10 Uzumasa Higashihachiokacho, Ukyo Ward, Kyoto, Kyoto Prefecture 616-8161, Japan (5 minutes berjalan kaki dari stesen JR Uzumasa)
Tips MuslimSila bertanya dengan staff jika anda ingin menggunakan ruang solat
Website Toei Eigamura

Taman tema yang lain

7. Tokyo Dome, Tokyo

z-6

Photo credit to

Taman tema ini berada betul-betul di tengah bandar Tokyo. Taman tema ini direka untuk mereka yang inginkan cabaran dan pengalaman menjerit sekuat hati dengan mengikuti pelbagai aktiviti disini. Cabar diri anda di tengah kesibukan kota ini dan ambil peluang ini untuk mengunjungi muzium TeNG Space. Taman tema ini juga popular dengan spa semulajadi mereka iaitu LaQua.

Informasi

Masa OperasiHari bekerja: 11 am – 9 pm Hari minggu dan hari cuti: 10 am - 9 pm
Harga¥2,100 - ¥3,900
Alamat1 Chome-3-61 Koraku, Bunkyo, Tokyo 112-0004, Japan (8 minit berjalan kaki dari stesen Suidobashi)
 WebsiteTokyo Dome

8. Hakkejima, Kanagawa

z-31

Photo credit to

Salah satu aquarium terkenal di Jepun yang boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan hidupan air. Anda pasti merasa kagum apabila melihat ikan-ikan berenang di sekeliling anda. Hakkejima akan membuatkan anda keluar dari sini dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pelbagai aktiviti bertemakan air yang boleh anda buat disini! Anda pernah menyaksikan aktiviti ikan lumba-lumba yang comel? Jangan lupa gunakan kesempatan ini untuk bertemu dengan ikan lumba-lumba dengan menaiki Ride The Sea.

Informasi

Masa OperasiHari bekerja: 10 am– 8pm Hari minggu: 10 am –9 pm
Harga¥2,050 - ¥7,200(Untuk satu hari)
AlamatHakkeijima, Kanazawa Ward, Yokohama, Kanagawa Prefecture 236-0006, Japan (10 minit berjalan kaki daripada stesen Hakkeijima)
WebsiteHakkejima

9. Kodomo No Kuni, Kanagawa

z-20

Photo credit to http://www.240kanko.com/

Kodomo No Kuni bermaksud Taman Kanak-kanak dalam bahasa melayu. Secara rasminya dibuka pada 5 Mei (Hari Kanak-kanak di Jepun). Jadi, anda boleh agak tempat ini dibina khas untuk kanak-kanak membuat aktiviti dari menyaksikan bagaimana lembu disusukan hinggalah makan ais krim yang dibuat disini. Tidak lupa juga, terdapat satu kawasan untuk permainan air dimana anda boleh merendam kaki anda semasa cuaca panas, bermain dengan haiwan di mini zoo dan taman burung serta menaiki kuda pony.

Informasi

Masa OperasiRegular:  9.30 am - 4.30 pm Julai & Ogos: 9.30 am - 5.00 pm
Harga¥100 - ¥600
Alamat700, Nara-cho, Aoba-Ku,  Yokohama, Kanagawa Prefecture, 227-0036 Japan ( 3 minit berjalan kaki dari stesen Kodomonokuni )
WebsiteKodomo No Kuni

10. Nikko Edomura, Tochigi

z-1

Photo credit tohttps://matome.naver.jp

Apa yang anda boleh buat semasa melancong di Jepun? Jadi ninja! Anda boleh mengembara di Taman tema Nikko Edomura yang dipenuhi dengan ninja dan samurai. Seni bina bangunan, jalan dan orang awam juga berlatarkan suasana zaman dahulu.  Dan anda juga boleh menjadi ninja! Apa yang anda perlu lakukan ialah menguasai skill-skill zaman Edo, dapatkan pedang anda dan anda boleh menjadi hero menyelamatkan kampung.

Informasi

Masa OperasiRegular: 9.30 am – 5pm Musim Sejuk (Dis 1 - Mac 19): 9.30am - 4pm
Harga¥2,400 - ¥4,700
Alamat470−2, Karakura, Nikko, 〒321-2524 Tochigi Prefecture, Japan (15 minit dengan menaiki bas dari stesen Kinugawa-Onsen)
WebsiteNikko Edomura

11. Fuji-Q Highland, Yamanashi

z-7

Photo credit to

Anda mungkin boleh pertimbangkan untuk ke Fuji-Q Highland kerana taman tema ini telah dibina lebih dari 48 tahun! Malah, tempat ini lebih tua daripada kebanyakkan kita semua 😮 Dengan lebih dari 40 tempat menarik; daripada aktiviti yang membuatkan anda menjerit sekuat hati anda hinggalah untuk aktiviti bersama keluarga, tidak hairanlah tempat ini masih lagi bertahan sehingga hari ini.  Kepada penggemar aktiviti ekstrim, jangan lupa untuk menaiki Dodonpa Ride yang boleh memecut sehingga 172km/h dalam masa 1.8 saat dan cabar diri anda menaiki Takabisha Ride yang merupakan roller coaster paling curam di dunia pada 121°! Berita gembira bagi yang bakal kesini kerana Fuji-Q Highland akan menambah baik taman tema ini pada bulan Julai.

Informasi

Masa OperasiHari bekerja : 9 am - 5 pm Hari minggu & hari cuti : 9 am - 6 pm
Harga¥4,300 - ¥5,700 (untuk satu hari)
Alamat5 Chome-6-1 Shinnishihara, Fujiyoshida, Yamanashi Prefecture 403-0017, Japan (9 minit berjalan kaki dari stesen from Fuji Kyu Highland)
WebsiteFujI-Q Highland

12. Spa Resorts Hawaiians, Fukushima

z-18

Photo credit totsunagujapan

Anda pasti akan mengagumi taman tema ini yang  mempunyai beberapa seksyen dan yang pastinya kesemuanya bertemakan air; Water Park, Spring Park, Spa Garden Pareo, Edo-Jowa Yoichi dan ViR Port. Saiz kompleks ini juga amat menakjubkan! Dengan kolam gergasi yang boleh memuatkan ribuan pengunjung dan luncur air, kedai, pentas dan YA mereka juga mempunyai aktiviti yang menarik yang dikenali sebagai Big Balloon dimana anda akan dimasukkan ke dalam sebuah belon gergasi dan anda perlu bergerak di dalam air.

Informasi

Masa OperasiHari berkerja: 10am - 10.15pm Hari minggu dan hari cuti: 9am - 10.15pm
Harga¥2,530 - ¥3,240
AlamatWarabidaira-50, 常磐藤原町 Iwaki, Fukushima Prefecture 972-8326, Japan (20 minit menaiki bas dari Stesen Yumoto)
WebsiteSpa Resort Hawaiians

13. Nagashima Spa Land, Mie

z-32

Photo credit to http://hfoeg.jp/

Inilah taman tema ketiga yang paling banyak dikunjungi orang dalam negara Jepun, Nagashima Spa Land! Taman Tema ini mempunyai lebih dari 40 jenis permainan yang berbeza, kami bawakan kepada anda sekeluarga untuk ke permainan yang paling popular, Joyful Water Park yang dibuka sepanjang musim panas dan Nabana ni Sato, salah satu illumination musim sejuk yang terbaik di Jepun. Jika anda sudah terlalu lama di dalam air, apakata anda cuba untuk menaiki White Cylon Coaster (jangan menggigil di atas sana, whoops!)

Informasi

Masa OperasiMusim : 9.30 am  - 5pm Musim : 9.30 am - 7.30 pm
Harga¥3,500 - ¥5,900 (untuk sekali masuk)
AlamatKuwana, Mie Prefecture, 〒511-1192 Japan (20 minit menaiki bas dari stesen Kintetsu Kuwana)
WebsiteNagashima Spaland

14. Shima Spain Village, Mie

z-26

Photo credit to  http://ikidane-nippon.com/

Bersedia untuk kagum dengan keindahan kota ini dari mula pintu masuk hingga ke pintu keluar kerana kota ini dibina betul-betul seperti kota Spain. Jika anak anda merupakan peminat roller coaster, Shima Spain Village perlu dimasukkan dalam list anda. Hari mereka akan dipenuhi dengan keseronokan parade, muzikal, pertunjukan tarian dan permainan berlatar belakangkan pemandangan yang indah. Kami cadangkan untuk anda luangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti indoor seperti Circus Adventure dimana anda perlu berlawan dengan awan hitam sambil terbang dengan Mokkun!

Informasi

Masa OperasiHari bekerja:  9.30am–5pm.
Harga¥3,500- ¥5,300 (untuk sekali masuk)
Alamat磯部町坂崎, Shima, 〒517-0212 Mie Prefecture,Japan (13 minit menaiki bas dari stesen Ugata)
WebsiteShima Spain Village

15. Space World, Fukuoka

z-28

Photo credit to http://www.wikiwand.com/

Space World adalah taman tema berkonsepkan angkasa lepas. Taman tema ini merupakan syurga bagi peminat galaksi, yang sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu mengenai pengalaman sebagai seorang astronaut dan dalam masa yang sama mencari sesuatu yang membuatkan jantung berdegup lebih laju.  Berita baik untuk anda kerana tempat ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Taman tema ini mempunyai beberapa permainan untuk keluarga dan juga permainan yang mencabar anda. Kepada bakal-bakal cosmonaut yang sedang membaca artikel ini, anda mesti cuba Black Hole Scramble Japan - sebuah roller coaster indoor yang pasti akan menguji diri anda!

Informasi

Masa OperasiTidak tetap, cek di sini
Harga¥1,230 - ¥4,630 (tidak termasuk permainan dan event)
Alamat4 Chome−1番1号, Higashida, Yahatahigashi Ward, Kitakyushu, 805-0071 Fukuoka Prefecture, Japan (5 minit berjalan kaki dari stesen JR Space World)
WebsiteSpace World

16. Ryukyu Mura, Okinawa

z-27

Photo credit to http://www.okinawatraveler.net/

Adakah anda ingin memiliki mesin masa dan kembali ke 130 tahun yang lalu? Tahniah! Mimpi anda akan jadi kenyataan dengan adanya tama tema Ryukyu Mura. Ryukyu Mura ini merupakan taman tema kecil berkonsepkan perkampungan pada zaman Kerajaan Ryukyu. Anda pasti kagum dengan tarikan dan budaya yang ditunjukkan disini yang amat susah ditemui pada masa kini. Taman tema ini juga mempunyai beberapa pertunjukan termasuklah Michijyune (tarian singa), EISA dance (tarian dengan rentak yang indah) dan pertunjukan Hub. Jangan lupa untuk membuat cenderahati buatan tangan anda sendiri sebelum anda meninggalkan taman teman ini!

Informasi

Masa Operasi 8:30am- 5:30pm
Harga¥600 - ¥1,200
Alamat字山田1130, Onna, Kunigami District, 〒904-0416 Okinawa Prefecture, Japan (2 minit berjalan kaki dari stesen bas Ryukyu Mura)
WebsiteRyukyu Mura

Adakah anda excited dan ingin menempah tiket kapal terbang ke Jepun anda? Apa lagi, dapatkan kawan-kawan dan keluarga anda dan tempah tiket ke Jepun sekarang kerana senarai taman tema ini memang sangat sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan anda tidak kira berapa usia anda.

Jangan rosakkan mood anda dengan perut yang lapar. Cari makanan yang halal lagi lazat dengan menggunakan app kami! Muat turun Halal Navi untuk mencari informasi halal berdekatan taman tema anda!

Tags

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.