8 Restoran Halal Di Lapangan Terbang Jepun-kemas kini 2019!-

Haneda Nov 23, 2016

Sebagai seorang Muslim yang nak melancong ke negara minoriti Muslim seperti Jepun, kalau nak cari restoran halal memang susah kan. Lepas tu masa kat airport, kena pulak tunggu flight berjam-jam. Lagi-lagi masa tunggu perut lapar pulak.

Oleh sebab tulah, kami telah sediakan senarai restoran yang memiliki sijil halal di Lapangan Terbang  Narita, Haneda dan Kansai. Takyah tunggu dengan perut yang kosong lagilah lepas ni!

1. La Toque, Lapangan Terbang Narita

Bukan lagi pemegang sijil halal. Sila pastikan sendiri status halal dengan pemilik restoran.

La toque. Halal di lapangan terbang Narita.

Anda mesti cuba Kari Jepun kat sini! Suasana restoran yang tenang juga sangat sesuai untuk anda luangkan masa menunggu penerbangan anda.

Review di Halal Navi :

“Makanannya sedap! Servis pun bagus. Senang je nak cari restoran ini. Pagi ni, saya cuba sarapan Kari Ayam dan sangat mengenyangkan.” - Nur Arina

Informasi

Lokasi : Lapangan Terbang Narita, Terminal 2, Bangunan Utama Tingkat 4( Hint : Sangat dekat dengan Dek Pemerhatian Selatan )Pensijilan oleh : Majlis Ugama Islam SingapuraBajet : ¥800 - ¥1200Untuk informasi lebih lanjut La Toque

2. Tentei, Lapangan Terbang Narita

Sarapan pagi restoran halal Tentei lapangan terbang Narita.

Tengok tu!! Mana lagi anda boleh jumpa hidangan macam ni untuk sarapan pagi anda?  Tentei ni memang pilihan terbaik untuk anda kalau nak cuba makanan tradisional jepun di Lapangan terbang Narita.

Review di Halal Navi :

“Baru tiba dari New Chitose petang ini. Kami jalan kaki je dari Terminal 3 ke terminal 2 untuk cari restoran ini. Restoran ini agak penuh tapi kami berjaya dapatkan meja. Makanannya pun sangat sedap macam review-review yang kami baca sebelum ini. Harganya juga berpatutan” - Wan

Informasi

Lokasi : Lapangan terbang Narita, Terminal 2, Tingkat 4 Pensijilan oleh : Malaysia Halal Consultation and Training Agency Bajet : ¥900 - ¥1300 Untuk informasi lebih lanjut Tentei

3. Kineya Mugimaru, Lapangan Terbang Narita

Restoran halal Kineya mugimaru di lapangan terbang Narita

Anda kat Jepun! Anda mesti cuba Udon. Dan yang paling menarik adalah anda boleh tengok Chef sediakan mee secara live depan mata anda dari dapur.

Review di Halal Navi:

“... Servisnya sangat pantas. Banyak tempat di sini. Bolehlah anda makan dengan tenang. Oooh, dan ada satu tip terutamanya untuk anda yang bawa budak-budak: duduk tepi tingkap kalau nak tengok kapal terbang berlepas!!" - Sarah Khalilah

Informasi

Lokasi : Lapangan Terbang Narita, Terminal 1, Tingkat 5 Pelepasan Antarabangsa Pensijilan oleh: Japan Halal Association Bajet : ¥150 - ¥600 Untuk informasi lebih lanjut Kineya Mugimaru

4. Kebab Stand (けばぶ工房)

kebab-stand

Penyelamat untuk umat Islam yang lapar yang terlepas makan ketika menangkap penerbangan mereka. Cuba campuran mangkuk beras kebab, salib antara makanan Turki dan donburi. Tidak seperti cawangan lain yang bersedia menerima pesanan sehingga waktu tutup pukul 10 malam.

Informasi

Lokasi : Lapangan Terbang Haneda, Terminal Antarabangsa 2, 4F, Okonomi-Street Pensijilan oleh : Nippon Asia Halal Association Bajet : ¥1000 Untuk informasi lebih lanjut Kebab Stand(けばぶ工房)

5. Mrs. Istanbul, Lapangan Terbang Haneda

Restoran halal Mrs. istanbul di lapangan terbang Haneda

Nak makan kebab? Anda di tempat yang betul. Anda akan rasa seperti di Turki dan Mrs. Istanbul adalah satu-satunya restoran yang mempunyai sijil halal di Haneda terminal domestik.

Informasi

Lokasi : Lapangan Terbang Haneda, Terminal Domestik 2, Tingkat 3 Pensijilan oleh : Nippon Asia Halal Association Bajet : ¥700 - ¥1200 Untuk informasi lebih lanjut Mrs. Istanbul

6. Oragasoba, Lapangan Terbang Kansai

Restoran halal Oragasoba di Lapangan terbang Kansai

Halal, enak dan murah dalam satu tempat. Yummy!!

Review di Halal Navi :

“Katsudon ayam (¥482). Jika anda nak tahu bagaimana rasa sebenar ayam katsudon seperti restoran jepun yang lain, anda boleh mencuba di Oragasoba. Sangat sedap! ?” - Afia

Informasi

Lokasi : Kansai International Airport, Aeroplaza 3F ( Hint : Aeroplaza is in front of Terminal 1 Building ) Pensijilan oleh : Malaysia Halal Consultation and Training Agency Bajet : ¥500 - ¥1000 Untuk informasi lebih lanjut Oragasoba

7. The U-don, Lapangan Terbang Kansai

Restoran halal The U-don di Lapangan Terbang Kansai

Ini adalah restoran layan diri. Anda boleh pilih nak udon, sup, tempura dan mana-mana menu anda suka.

Review di Halal Navi :

“Sesuai untuk muslim yang baru tiba di lapangan terbang KIX. Bukan sahaja diiktiraf kehalalannya oleh autoriti Halal Malaysia, restoran ini juga adalah pilihan yang tepat untuk makan udon bersama karaage, perut lembu dan lain-lain. Sedap dan berpatutan. Lokasi yang sesuai dengan ruang yang luas.” - Audi Diana

Informasi

Lokasi : Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Terminal 1, Tingkat 2 ( Hint : Berdekatan dengan Lobi Ketibaan Domestik) Pensijilan oleh : Malaysia Halal Consultation and Training Agency Bajet : ¥500 - ¥1000 Untuk informasi lebih lanjut The U-don

8. Sojibo, Lapangan Terbang Kansai

Restoran halal Sojibo di Lapangan Terbang Kansai

Tengok gambar je dah mengiurkan? Anda boleh cuba pelbagai hidangan dari Soba, Tempura, Kastu dan banyak lagi di Sojibo Lapangan terbang Kansai.

Informasi

Lokasi : Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Terminal 1, Tingkat 3  (  Hint : Berdekatan dengan pintu masuk selatan ) Pensijilan oleh : Malaysia Halal Consultation and Training Agency Bajet : ¥600 - ¥1600 Untuk informasi lebih lanjut SojiboAkhirnya anda tak perlu lagi untuk tunggu penerbangan anda dalam kelaparan #Alhamdulillah. Jika anda baru tiba di Jepun dan risau untuk cari makanan halal semasa anda di sana, muat turun Halal Navi untuk menjadi panduan peribadi anda. Anda boleh cari restoran halal dan tempat solat berdekatan, bookmark destinasi restoran yang anda nak pergi, dapatkan halal tip dari pengguna lain, tulis review dan lain-lain lagi!

Tags

Great! You've successfully subscribed.
Great! Next, complete checkout for full access.
Welcome back! You've successfully signed in.
Success! Your account is fully activated, you now have access to all content.